We Believe in Children's Potential

Here in SK Lubok Teras, we try our best to highlight every student's potential and give them the best education that suits their interest.

Every Child Matters

Polisi di SK Lubok Teras ialah tiada murid yang akan diasihkan kerana potensi akademik mereka. Kami akan berusaha untuk menyediakan pendidikan yang dapat membantu murid belajar dengan cara yang terbaik.

Fokus Pada Kemahiran Diri

Kami tidak hanya berfokuskan kepada akademik, sistem pendidikan kami juga memberi penekanan kepada kemahiran diri murid yang membolehkan mereka menjadi ahli masyarakat berguna pada masa hadapan.

Hubungan Baik Guru dan Ibu-Bapa

Hubungan rapat antara ibu-bapa dan guru merupakan antara kunci kejayaan kami. Guru-guru kami sentiasa berjumpa dengan ibu-bapa untuk memberi maklum balas mengenai prestasi anak-anak mereka.

Sentiasa Bersedia Membantu Murid

Guru-guru kami sentiasa bersedia membantu murid-murid walaupun di luar waktu persekolahan.

Monday 25 September 2017

MURID TAHUN 6 ANJUR KEM BALAPAN & PADANG

Bersempena dengan SUKTER yang akan diadakan tidak lama lagi, murid-murid Tahun 6 Salam pada hari ini mengadakan Kem Balapan & Padang bagi memberi sedikit tunjuk ajar kepada murid-murid lain dalam acara balapan.

Kem tersebut telah dikendalikan oleh 4 atlet premier SK Lubok Teras iaitu Siti Nuruldiana Alya, Amirrudin Ali, Wan Nurnatasha Atiqah dan Nur Iman Izzatti Asyiqin. Kem ini diadakan dari jam 8:00 pagi sehingga ke jam 11 pagi dan juga merupakan salah satu aktiviti Pasca UPSR murid-murid Tahun 6 2017. Semua murid tahun 1 - 4 menyertai kem pada hari ini.

Diharapkan dengan adanya kem sebegini, lebih ramai bakat-bakat baru dapat dilahirkan bagi menggantikan atlet-atlet cemerlang yang bakal meninggalkan SK Lubok Teras tidak lama lagi.







Thursday 7 September 2017

MAJLIS RESTU ILMU dan SOLAT HAJAT UPSR

SKLT DIHUJANI AIR MATA
Anak-anak ini tidak mampu untuk menahan air mata ketika sesi bersalaman dan memohon maaf serta restu daripada ibu bapa mereka. Air mata yang jatuh menampakkan keihkhlasan mereka dalam memohon sejuta kemaafan dari insan-insan yang telah banyak berkorban demi kecemerlangan mereka.
Majlis Restu Ilmu yang diadakan pada hari Rabu yang lepas merupakan majlis tahunan kami bagi memberi peluang anak-anak calon UPSR bermaafan dan memohon restu sebelum melangkah ke dewan peperiksaan. Bukan setakat dengan ibu bapa dan para guru, anak2 ini turut bersalaman dan bermaafan dengan semua murid dan warga SK Lubok Teras. Tidak hairanlah jika anda dapat lihat murid tahun lain pun ada yang menangis teresak-esak pada majlis ini.

Majlis Solat Hajat UPSR bersama komuniti kampung Bukit Aman dan Bukit Lawang pula diadakan pada waktu Zohor hari yang sama. Majlis diketuai oleh bekas guru SK Lubok Teras, Ustaz Wan Shamsukardi Wan Aziz yang sanggup datang dari jauh semata-mata mahu berjumpa dengan anak-anak yang akan menduduki peperiksaan.
Terima kasih kepada pihak PIBG dan ibu bapa murid-murid Tahun 6 yang telah bertungkus lumus menganjurkan majlis pada hari ini.