Friday 24 November 2017

AINI NAJWA PENERIMA ANUGERAH TOKOH MURID 2017



Anugerah Tokoh Murid merupakan antara anugerah tertinggi yang diberi pihak sekolah kepada murid-murid. Berbeza dengan sekolah biasa, kami mengamalkan pemilihan kualiti yang amat ketat untuk anugerah ini diberikan. Oleh sebab itulah, bukan setiap tahun anugerah tokoh ini diberi kepada murid. Hanya murid yang betul-betul layak sahaja akan diberi anugerah ini.

Bagi tahun 2017, kami telah bersetuju untuk memilih saudari Aini Najwa binti Aznan sebagai Tokoh Murid SK Lubok Teras. Berikut adalah serba sedikit mengenai beliau:

Dilahirkan pada 14 April 2005, jam 3:55 pagi, di Hospital Besar Kuala Terengganu, anak kepada pasangan Encik Aznan dan Puan Nazilawatie ini membesar dengan begitu kuat sekali. Beliau menjadi anak yang paling aktif antara adik-beradik perempuan beliau, malah suka memanjat sejak dari kecil lagi. Memasuki alam persekolahan rendah, bakat dan kebijaksanaan beliau telah kami kesan sejak minggu pertama lagi. Tidak pernah terlepas daripada mendapat tempat pertama dalam kelas, beliau juga sangat aktif dalam bidang ko-kurikulum. Pemain bola baling zon setiu timur ini juga merupakan Johan Public Speaking ZST, menjadi murid pertama dalam sejarah SK Lubok Teras pernah mendapat johan. Malahan, beliau juga turut mengharumkan nama sekolah apabila Berjaya mewakili Negeri Terengganu ke perkhemahan TKRS peringkat kebangsaan, dimana beliau Berjaya mendapat Naib Johan. Kebijaksanaan beliau dalam bidang akademik juga tidak dapat dinafikan lagi. Beliau adalah satu-satunya murid SKLT yang pernah mendapat 2 kali keputusan semua A dalam peperiksaan dalaman sebanyak dua kali. Malahan, beliau adalah murid yang paling konsisten dalam sejarah kami yang mana sentiasa mendapat markah 90 ke atas.

Tokoh Murid merupakan satu anugerah tinggi yang amat kami titik beratkan kualiti dalam pemilihan. Oleh sebab itulah, sudah beberapa tahun, tiada tokoh murid diberikan. Namun kini, muncul tahun 2017, kami melihat, adanya seorang anak permata, yang amat sesuai diberikan penghargaan ini. Beliau merupakan harapan kami, untuk bukan setakat menjadi contoh kepada generasi seterusnya, tetapi untuk menjadi manusia yang akan membawa perubahan kepada dunia ini. 















0 comments:

Post a Comment