We Believe in Children's Potential

Here in SK Lubok Teras, we try our best to highlight every student's potential and give them the best education that suits their interest.

Every Child Matters

Polisi di SK Lubok Teras ialah tiada murid yang akan diasihkan kerana potensi akademik mereka. Kami akan berusaha untuk menyediakan pendidikan yang dapat membantu murid belajar dengan cara yang terbaik.

Fokus Pada Kemahiran Diri

Kami tidak hanya berfokuskan kepada akademik, sistem pendidikan kami juga memberi penekanan kepada kemahiran diri murid yang membolehkan mereka menjadi ahli masyarakat berguna pada masa hadapan.

Hubungan Baik Guru dan Ibu-Bapa

Hubungan rapat antara ibu-bapa dan guru merupakan antara kunci kejayaan kami. Guru-guru kami sentiasa berjumpa dengan ibu-bapa untuk memberi maklum balas mengenai prestasi anak-anak mereka.

Sentiasa Bersedia Membantu Murid

Guru-guru kami sentiasa bersedia membantu murid-murid walaupun di luar waktu persekolahan.

Saturday 31 October 2015

KEJOHANAN OLAHRAGA DAN SUKAN TAHUNAN (SUKTER)

Kejohanan Olahraga dan Sukan Tahunan Sekolah atau SUKTER telah diadakan pada 24 Oktober 2015 yang lalu. Kejohanan kali ini merupakan antara yang paling meriah dengan sambutan hangat oleh penduduk kampung dan masyarakat setempat. Menurut kata Ketua J3K Kampung Bukit Aman, SUKTER pada tahun ini berkemungkinan SUKTER yang paling ramai penyertaan dari masyarakat setempat sepanjang 30 tahun penubuhan SKLT.

Suasana kemeriahan SUKTER telah mula dirasai beberapa minggu sebelumnya apabila murid-murid sibuk membuat persiapan di bawak kelolan AJK Kelab Murid. Antara persiapan yang dilakukan ialah mencipta logo dan bendera rumah, berlatih persembahan pembukaan serta menyiapkan atlet rumah masing-masing.

Pada 23 Oktober pula diadakan Karnival Permainan Bola Jaring untuk golongan ibu. Karnival ini dianjurkan oleh Group Mummy Bola Jaring Kampung Bukit Aman. Pada hari yang sama juga, para ibu-bapa memenuhi sekolah bagi menyiapkan khemah rumah sukan masing-masing. Malahan, ada yang sanggup tunggu sehingga jam 12 malam bagi membuat persiapan khemah.

SUKTER kali ini dimeriahkan lagi dengan kunjungan oleh wakil ATRA Dun Langkap yang sangat berminat dan teruja dengan kemeriahan SUKTER. Beliau juga meluahkan rasa kagum beliau terhadap persembahan pembukaan yang penuh bertenaga dan berkeyakinan oleh murid-murid.

Diharapkan kemeriahan SUKTER ini dapat diteruskan lagi pada masa-masa hadapan.




Klik LINK INI untuk lebih banyak gambar.

Thursday 22 October 2015

Nostalgia Sukaneka SUKTER

Sempena dengan Kejohanan Olahraga dan Sukan Tahunan (SUKTER) 2015 yang bakal diadakan tidak lama lagi, pihak sekolah dengan bebesar hatinya menyiarkan gambar-gambar lama nostalgia Sukaneka SUKTER pada masa dahulu. Tidak dapat dipastikan tahun gambar-gambar ini diambil, namun satu sumber yang belum dapat disahihkan mengatakan gambar-gambar ini diambil pada tahun 1991, iaitu tahun ketujuh penubuhan sekolah.








Saturday 17 October 2015

Kejohanan Merentas Desa Negeri anjuran Bank Rakyat dan SK Kampung Bukit

Tahniah adik Nur Iman Izzatti Asyiqin yang mendapat tempat ke-8 dalam Kejohanan Merentas Desa Terbuka Terengganu anjuran SK Kampung Bukit dan Bank Rakyat pada 17 Oktober 2015. Adik Iman Izzatti menewaskan ratusan peserta lain yang datang dari seluruh negeri Terengganu. Tahniah juga kepada GPK Ko-kurikulum kami, Encik Mohd Afnizam atas usaha dan inisiatif beliau.

Peserta yang lain juga turut menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan. adik Wan Nur Natasha Atiqah mendapat tempat ke-15, manakala, adik Wan Nurezrena Nasuha dan adik Amirudin Ali mendapat tempat ke-21

Di tambah manis lagi, murid SKLT iaitu adik Amiza Nafisa turut menjadi johan dalam acara sampingan iaitu acara mewarna untuk kategori tahap 1. Tahniah diucapkan kepada semua murid yang telah mengharumkan nama sekolah.