We Believe in Children's Potential

Here in SK Lubok Teras, we try our best to highlight every student's potential and give them the best education that suits their interest.

Every Child Matters

Polisi di SK Lubok Teras ialah tiada murid yang akan diasihkan kerana potensi akademik mereka. Kami akan berusaha untuk menyediakan pendidikan yang dapat membantu murid belajar dengan cara yang terbaik.

Fokus Pada Kemahiran Diri

Kami tidak hanya berfokuskan kepada akademik, sistem pendidikan kami juga memberi penekanan kepada kemahiran diri murid yang membolehkan mereka menjadi ahli masyarakat berguna pada masa hadapan.

Hubungan Baik Guru dan Ibu-Bapa

Hubungan rapat antara ibu-bapa dan guru merupakan antara kunci kejayaan kami. Guru-guru kami sentiasa berjumpa dengan ibu-bapa untuk memberi maklum balas mengenai prestasi anak-anak mereka.

Sentiasa Bersedia Membantu Murid

Guru-guru kami sentiasa bersedia membantu murid-murid walaupun di luar waktu persekolahan.

Tuesday 28 August 2018

SESI MOTIVASI UPSR 2018

Pada minggu ini, pihak Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu telah menganjurkan Program Motivasi ke sekolah-sekolah seluruh Negeri. Program ini bertujuan menghantar kaunselor terlatih ke sekolah-sekolah yang tidak mempunyai Guru Bimbingan Kaunseling lantikan PPD/JPNT bagi memberikan motivasi sebelum peperiksaan UPSR 2018.

SK Lubok Teras amat bertuah kerana mendapat kehadiran seorang GBK yang begitu komited memberikan motivasi. Beliau ialah Puan Rafidah binti A. Ghani dari SK Durian Burung.

Dalam ceramahnya, beliau telah menasihati para pelajar untuk sentiasa fokus dalam menghadapi UPSR. Beliau juga kagum dengan murid-murid SK Lubok Teras yang telah pun mempunyai sasaran sekolah menengah masing-masing.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Pn Rafidah atas kesudian datang ke sekolah kecil kami!



LATIHAN GERAK WAJA KADET PUTERA

Perjumpaan Badan Beruniform pada hari Selasa kali ini melihatkan kadet putera SK Lubok Teras berlatih gerak waja buat pertama kalinya. Gerak Waja merupakah variasi tarian perang atau war dance yang biasanya dipertontonkan oleh pasukan pertahanan negara. Gerak Waja ini mengandungi elemen semangat, pertahanan, sedia berkhidmat dan cintakan tanah air.

Latihan gerak waja ini telah diketuai oleh Koperal Afiq Aiman bin Mohd Saad. Afiq merupakan wakil tunggal kadet putera SKLT ke Perkhemahan KRS TKRS Peringkat Negeri Terengganu pada tahun ini. Beliau telah berjaya muncul sebagai Johan dalam pertandingan gerak waja yang dijalankan sepanjang perkhemahan itu.











Kantin SKLT GRED A

Tahniah pihak pengurusan Kantin sekolah, berjaya mengekalkan, tahap kebersihan Gred A untuk kesekian kalinya!

Pengiktirafan itu telah diberikan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Setiu setelah datang melakukan pemeriksaan mengejut ke kantin sekolah pada hari ini. Dengan ini, Kantin SK Lubok Teras telah berjaya mengekalkan Taraf Kebersihan Gred A untuk tahun kelima berturut-turut.

Tahniah kepada Puan Rozinani, selaku operator kantin sekolah serta pihak pengurusan HEM yang diketuai oleh Encik Marzuky selaku PK HEM dan Ustazah Norahan selaku Guru Penyelaras Kantin dan RMT. 


Sunday 19 August 2018

PROGRAM BERSAMA ALUMNI

Pada 19 Ogos 2018, kami telah sekali lagi mengadakan program belajar bersama alumni SK Lubok Teras. Program kali ini telah disertai oleh SKLT Class of 2017. Mereka datang ke sekolah untuk sama-sama membuat ulangkaji dan menyiapkan kerja rumah yang ada.

Alumni yang hadir ialah Siti Nuruldiana Alya (MRSM), Noraliana Syafika (Sains Setiu), Aina Adyriana (SMK (Premier) Pelong), Aisyah Sofia (SMK (Premier) Pelong) dan Wan Nurnatasha Atiqah (Sek Sukan Terengganu BN)..

Seterusnya, mereka dipanggil pula untuk membantu murid-murid Tahun 6 dalam Bahasa Inggeris. Menggunakan kaedah yang sesuai, mereka cuba memberi pemahaman kepada murid-murid Tahun 6 terutama dalam aspek Grammar dan menjawab kertas Bahasa Inggeris Pemahaman.

Terima kasih diucapkan kepada bekas pelajar, SKLT Class of 2018 yang sudi datang!






















Thursday 16 August 2018

SKLT RANGKUL NAIB JOHAN PERTANDINGAN HIP IN MY SCHOOL PERINGKAT KEBANGSAAN

SK Lubok Teras hari ini melakar satu lagi sejarah apabila berjaya mendapat Naib Johan dalam Pertandingan "HIP IN MY SCHOOL: POSTER" Peringkat Kebangsaan. Pertandingan itu telah diadakan sempena Karnival Highly Immersive Programme for English Language (HIP) Peringkat Kebangsaan yang berlangsung selama 3 hari di English Language Teaching Centre (ELTC), Bandar Enstek, Negeri Sembilan.

Pertandingan yang disertai oleh 17 buah sekolah daripada 17 buah Jabatan Pendidikan Negeri itu turut menampakkan Lubok Teras sebagai satu-satunya sekolah kurang murid yang dipilih mewakili negeri. SK Lubok Teras mempertaruhkan program yang tidak asing lagi di kalangan ramai iaitu "Movie Night" . Program itu telah berjaya memukau hati para hakim yang terdiri daripada 130 wakil-wakil dari seluruh Malaysia.

Tahniah kami ucapkan kepada semua pihak yang telah menyumbang bakti dalam melakar kejayaan ini.

Pengarah ELTC bersama Timbalan Pengarah ELTC serta wakil syarikat koperat bergambar bersama-sama poster "Movie Night" SK Lubok Teras.


Wednesday 15 August 2018

SK LUBOK TERAS CIPTA SEJARAH MUNCUL NAIB JOHAN KAWAD KAKI KEBANGSAAN



Pasukan Tunas Kadet Remaj Sekolah SK Lubok Teras terus terbang tinggi membawa nama sekolah, daerah dan Negeri Terengganu. Kali ini, kadet-kadet Puteri SKLT telah berjaya mengalahkan 16 buah negeri lain apabila muncul Naib Johan dalam kategori TKRS Puteri.

Pasukan Puteri TKRS Negeri Terengganu telah beraksi cemerlang selama 11 mini persembahan. Walaupun terpaksa beraksi dalam keadaan basah kuyup akibat hujan lebat sebelumnya, ia tidak langsung mematahkan semangat puteri-puteri SKLT. Persembahan yang berjaya memukau ramai pihak itu hanya kalah dengan kontinjen tuan rumah, iaitu Kedah atas kelemahan teknikal dan perubahan syarat pada minit akhir.

Tidak cukup dengan itu, pasukan Kadet TKRS Putera juga tidak kurang hebatnya apabila berjaya meraih tempat ke-4 keseluruhan.

Pertandingan Kawad Kaki Pasukan Badan Beruniform Peringkat Kebangsaan ini telah diadakan pada 8-11 Ogos 2018 bertempat di Amanjaya Mall, Sungai Petani Kedah. Pertandingan ini melibatkan kontinjen daripada seluruh negara dengan lebih daripada 8 kategori dipertandingkan. 

Tahniah kami ucapkan kepada kadet-kadet SK Lubok Teras atas kejayaan ini!.

JUTAAN TERIMA KASIH juga kami ucapkan kepada semua pihak yang telah sama-sama membantu dalam merealisasikan kejayaan ini, terutama kepada pihak Sekretariat KRS/TKRS Daerah Setiu, Pihak Kejurulatihan Sekretariat Negeri Terengganu, para jurulatih daerah dan negeri serta penyelia Ko-Kurikulum Daerah, Ustaz Razali Ismail, Guru Besar dan guru-guru SK Guntong Luar, SK Sungai Lerek, SK Permaisuri, SK Bari (Pantai) dan SK Kg Bukit atas sokongan dan bantuan yang tidak berbelah bagi.












Thursday 9 August 2018

KADET SKLT KE SUNGAI PETANI, KEDAH


Selamat berjuang kami ucapkan kepada kadet-kadet SK Lubok Teras yang sudah pun bertolak ke Sungai Petani, Kedah. Mereka akan berada di sana selamat 4 hari 3 malam bagi menghadapi Pertandingan Kawad Kaki Pasukan Badan Beruniform Peringkat Kebangsaan. Pertandingan yang akan diadakan pada 10-11 Ogos 2018 itu akan mengumpulkan sejumlah pasukan badan-badan beruniform terbaik di Malaysia dan sama-sama berentap mencari kejuaraan dan berada pada kedudukan 3 terbaik negara.

Kadet-kadet SK Lubok Teras yang mewakili Negeri Terengganu ini telah pun bertolak pada jam 930pagi pada 8 Ogos 2018. Majlis pelepasan dilakukan sendiri oleh Tuan Guru Besar, Encik Mohd Jamka bin Harun di Kem PPD Setiu (Lama).

Kadet-kadet SK Lubok Teras menginap di Sekolah Latihan Asas Kepolisan, Sungai Petani dan diiringi oleh Encik Muhammad Hafiz yang juga Ketua Jurulatih. Selain itu, rombongan yang diketuai oleh Encik Razali Ismail, Penyelia Ko PPD Setiu ini turut dikuatkan lagi dengan kehadiran Tuan PT KRS, Kapten Fazmidar bt Abdullah, Sekretariat KRS, Puan Surayati dan Puan Roslida, Jurulatih KRS Negeri, Encik Wan Zakaria, Encik Haji Suhaimi, Encik Haji Fadhil serta Guru Pengiring, Encik Nizam, Cik Azura dan Encik Syarif. Mereka akan sama-sama menjaga kebajikan dan memastikan kadet-kadet SKLT dan kadet-kadet Negeri Terengganu ini berada dalam keadaan terbaik sebelum pertandingan.

Hari kedua di Sungai Petani menyaksikan latihan diadakan sejak jam 7:30 pagi lagi. Pasukan ini turut mendapat bantuan daripada 2 bekas pelajar SK Lubok Teras ini, iaitu Aina Adyriana dan Aisyah Sofia yang sekarang berada di SMK Pelong. Hari kedua juga menyaksikan mereka berada di Amanjaya Mall bagi membuat latihan di litar sebenar pada sebelah petang.


SELAMAT BERJUANG ANAK-ANAK LUBOK TERAS!