We Believe in Children's Potential

Here in SK Lubok Teras, we try our best to highlight every student's potential and give them the best education that suits their interest.

Every Child Matters

Polisi di SK Lubok Teras ialah tiada murid yang akan diasihkan kerana potensi akademik mereka. Kami akan berusaha untuk menyediakan pendidikan yang dapat membantu murid belajar dengan cara yang terbaik.

Fokus Pada Kemahiran Diri

Kami tidak hanya berfokuskan kepada akademik, sistem pendidikan kami juga memberi penekanan kepada kemahiran diri murid yang membolehkan mereka menjadi ahli masyarakat berguna pada masa hadapan.

Hubungan Baik Guru dan Ibu-Bapa

Hubungan rapat antara ibu-bapa dan guru merupakan antara kunci kejayaan kami. Guru-guru kami sentiasa berjumpa dengan ibu-bapa untuk memberi maklum balas mengenai prestasi anak-anak mereka.

Sentiasa Bersedia Membantu Murid

Guru-guru kami sentiasa bersedia membantu murid-murid walaupun di luar waktu persekolahan.

Sunday 31 December 2017

AMIR DAN TASHA MUNCUL 2 MURID PERTAMA KE SEKOLAH SUKAN!



Amirrudin Ali, pemenang pingat Emas 80M Hurdle peringkat negeri dan juga Wan Nurnatasha Atiqah, pemenang pingat emas 200M MSSD muncul sebagai 2 murid pertama dalam sejarah SK Lubok Teras ke Sekolah Sukan Terengganu Bukit Nenas. Mereka berdua yang sememangnya aktif dalam bidang sukan dan juga merupakan atlet premier sekolah mula mendaftarkan diri di SSTBN pada hari ini.

Pihak sekolah mengucapkan sekalung tahniah kepada Amir dan Tasha dan kami mendoakan agar mereka terus berjaya dalam bidang sukan! Kami juga ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih dan sekalung penghargaan kepada jurulatih luar mereka, Encik Khairul Azman dari SK Kampung Bukit yang telah banyak membantu melatih mereka sehingga ke tahap ini. Jasa dan pengorbanan Encik Khairul Azman tidak akan dapat warga SKLT lupakan.


Saturday 30 December 2017

3 MURID SKLT DITAWARKAN KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH

TAHNIAH DIUCAPKAN kepada penerima-penerima tawaran pertama ke Sekolah Berasrama Penuh. Tiga daripada murid lepasan UPSR 2017 kami berjaya mendapat tempat di SBP dengan dua daripada mereka berjaya mendapat tempat di SBP Premier!. 
Ini merupakan bilangan tertinggi dalam sejarah sekolah kami murid yang menerima tawaran pertama ke SBP. Ini membuktikan sistem yang kami guna pakai berjaya menempatkan murid-murid lepasan sekolah kami di sekolah-sekolah terbaik di Malaysia.
Semoga ianya menjadi inspirasi kepada anak-anak SKLT yang lain.


Wednesday 20 December 2017

KEPUTUSAN PAJSK DAN SEGAK 2017


Berikut adalah keputusan PAJSK dan SEGAK bagi Tahun 2017 untuk murid Tahun 4, 5 & 6. PAJSK adalah Penilaian Aktiviti Jasmani, Sukan dan Ko-Kurikulum manakala SEGAK adalah Standard Kecergasan Kebangsaan. PAJSK dinilai berdasarkan aktiviti ko-kurikulum murid sepanjang tahun 2017 manakal SEGAK dibuat dua kali setahun pada setiap semester persekolahan.








Friday 1 December 2017

SITI NURULDIANA ALYA, SERIKANDI SK LUBOK TERAS, TOKOH KO-KURIKULUM 2017

Anugerah Srikandi merupakan anugerah terbaru yang diwujudkan bagi mengiktiraf murid perempuan yang tidak pernah menunjukkan sikap putus asa dalam perjuangan memajukan diri. Anugerah khas ini hanya akan diberikan sekiranya ada murid yang berjaya mencapai tahap yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pemilihan dan tidak semestinya setiap tahun.

Penerima anugerah Srikandi pertama SK Lubok Teras ini merupakan seorang atlet yang telah mencipta fenomena baru dalam bidang balapan dan padang di sekolah. Murid ini juga merupakan seorang yang amat pandai dalamr mengatur dan menguruskan pelbagai acara di sekolah, malahan turut menjadi idola kepada adik-adik beliau. Sikap tidak berputus asa ketika pertandingan dan perlawanan beliau membuatkan kami merasakan, amat sesuai sekali beliau dijadikan contoh kepada generasi seterusnya. Berikut adalah sedikit profail mengenai Penerima Anugerah Serikandi SK Lubok Teras 2017, Siti Nuruldiana Alya bt Mohd Rosdi.

Jam 2.11 pagi, 9 Januari 2005, kedengaran tangisan kecil anak perempuan bongsu kepada pasangan Encik Mohd Rosdi dan Puan Nor Aini. Membesar dengan penuh kasih saying oleh kedua ibu dan abah beliau, anak ini membesar dengan baik sekali, menjadi antara murid yang paling aktif ketika di alam pra sekolah. 

Memasuki alam sekolah rendah, beliau menunjukkan minat yang amat mendalam dalam bidang nyanyian dan seni persembahan. Namun, tahun 2016 menyaksikan minat beliau itu diubah oleh kami dengan kami memperkenalkan bidang sukan kepada beliau. Ternyata, percaturan kami begitu menjadi, apabila beliau muncul, sebagai murid pertama dalam sejarah sekolah mendapat Pingat Emas di kejohanan peringkat daerah dan negeri. Dan sepanjang dua tahun bergelar atlet, beliau telah mencipta satu penandarasan baru dalam bidang olahraga di SK Lubok Teras. Sehingga kini, beliau telah mengumpul 8 pingat Emas, pernah mewakili negeri dalam 3 acara balapan dan padang serta menjadi pemecah rekod lompat jauh daerah sebanyak dua kali, menjadikan beliau, atlet yang paling berjaya dalam sejarah SK Lubok Teras. 

Tidak terhenti di situ, beliau juga amat berbakat dalam bidang kepimpinan sehingga dilantik sebagai Timbalan Ketua Pelajar, Pengerusi Persatuan Bahasa Inggeris serta Chief Executive Officer, Kelab Murid SKLT. Malahan, beliau juga antara kadet pertama yang mendapat pangkal koperal dan sarjan TKRS pada usia yang begitu muda.

Siti Nuruldiana Alya juga merupakan Timbalan Ketua Murid dan Ketua Pengawas Pusat Sumber Sekolah. Kepimpinan beliau terbukti apabila banyak mengendalikan acara-acara sekolah dan selalu bertindak sebagai pengacara majlis samada dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Beliau juga banyak terlibat dengan program pembangunan pelapis SKLT dan pada 2017, merupakan Ketua Jurulatih Pasukan Action Song Tahap 1. Pasukan beliau telah berjaya memperoleh Naib Johan di pertandingan peringkat zon.