Sunday 27 December 2015

Persiapan Menghadapi Kemasukan ke Sek Menengah

Saban tahun murid-murid Tahun 6 yang cemerlang dalam UPSR kami terlibat dengan pelbagai temuduga serta ujian kemasukan ke sekolah menengah.

Mulai tahun ini, kami jalankan satu program kecil untuk membantu mereka membuat persiapan menghadapi temuduga dan ujian kemasukan. Murid-murid ini akan dipantau untuk memastikan mereka membuat ulangkaji secukupnya serta dipersiapkan dari segi fail, sijil, proses menghadapi temuduga dan sebagainya. Kami harap usaha kecil kami ini dapat meningkatkan lagi peluang mereka ke sekolah-sekolah menengah terbaik di Negeri Terengganu.


0 comments:

Post a Comment