We Believe in Children's Potential

Here in SK Lubok Teras, we try our best to highlight every student's potential and give them the best education that suits their interest.

Every Child Matters

Polisi di SK Lubok Teras ialah tiada murid yang akan diasihkan kerana potensi akademik mereka. Kami akan berusaha untuk menyediakan pendidikan yang dapat membantu murid belajar dengan cara yang terbaik.

Fokus Pada Kemahiran Diri

Kami tidak hanya berfokuskan kepada akademik, sistem pendidikan kami juga memberi penekanan kepada kemahiran diri murid yang membolehkan mereka menjadi ahli masyarakat berguna pada masa hadapan.

Hubungan Baik Guru dan Ibu-Bapa

Hubungan rapat antara ibu-bapa dan guru merupakan antara kunci kejayaan kami. Guru-guru kami sentiasa berjumpa dengan ibu-bapa untuk memberi maklum balas mengenai prestasi anak-anak mereka.

Sentiasa Bersedia Membantu Murid

Guru-guru kami sentiasa bersedia membantu murid-murid walaupun di luar waktu persekolahan.

Saturday 27 August 2016

WEEKEND OUTING CLASS

Seperti biasa, setiap kali hari Sabtu, murid-murid tahun 6 kami akan dibawa keluar untuk program "Outing Class" mereka. Program ini merupakan sebahagian daripada program Kem 60 Hari UPSR kami. Kali ini mereka dibawa ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud untuk merasai sendiri pengalaman berada di lapangan terbang serta belajar perkataan Bahasa Inggeris berkaitan. Mereka juga dibawa ke Giant Gong Badak untuk sesi belajar dan menulis esei Bahasa InggerIs berkaitan insiden di pasar raya.









Thursday 25 August 2016

MENGECAT JALUR GEMILANG TERPANJANG

Tahun ini, sebagai salah satu aktiviti Sambutan Bulan Kemerdekaan 2016, kami adakan program mengecat Jalur Gemilang yang terpanjang pernah dibuat di SKLT. Program ini merupakan cetusan idea GPK Ko kami, Encik Mohd Afnizam b Mohd Ghazali, dan telah dilukis dan dikelolakan oleh GPK HEM, Encik Marzuky b Mohamad. Semoga aktiviti ini dapat menyemarakkan lagi semangat patriotik dikalangan murid-murid kami.


TERIMA KASIH ATAS DOA UPSR

Terima kasih warga Kg Bukit Lawang & UMNO Bukit Lawang terutamanya Puan Nor Aini dan Encik Mohd Rosdi, terima kasih warga Kg Bukit Aman, J3K Kg Bukit Aman dan Encik Saidom atas sokongan kepada calon-calon UPSR kami! Terima kasih atas banner besar yang diletakkan di kampung-kampung sebagai tanda sokongan seluruh warga komuniti kepada anak-anak yang akan menghadapi UPSR.

Demam UPSR kini merebak dari sekolah ke Kampung Bukit Lawang dan Kampung Bukit Aman!



Tuesday 16 August 2016

LATIHAN KAWAD KAKI

Aktiviti Hari Selasa - Latihan Kawad Kaki, dikendalikan oleh murid-murid sepenuhnya, dengan guru hanya bertindak sebagai fasilitator. Aktiviti kali ini dikendalikan oleh Koperal Nuruldiana Alya, Koperal Aina Adyriana, Lans Koperal Aini Najwa dan Koperal Aisyah Sofia




Friday 5 August 2016

MURID SEBAGAI URUSETIA PROGRAM


Bukan setakat kecemerlangan akademik, peluang mengadakan Kem Kecemerlangan UPSR tajaanYayasan Bakti Negara Terengganu kami gunakan sepenuhnya untuk melatih murid-murid kami dalam bidang pengurusan dan urusetia. Melaluinya, murid kami dilatih untuk membuat keputusan, berkomunikasi, memimpin dan mengurus serta mempunyai kemahiran teknikal. Jadi, sepanjang kem ini berlangsung, anda tidak akan nampakmana-mana cikgu menjadi pengerusi majlis, kerana semuanya diuruskan oleh murid-murid. Malah, mereka juga mempunyai kemahiran memasang PA System dan menyediakan bantuan teknikal seperti pemasangan projector dan laptop sebelum kelas bermula.

Penglibatan mereka telah mendapat pujian banyak pihak termasuklah oleh Ketua Pegawai Operasi Yayasan Bakti Negara Terengganu, Encik Muhammad Hazman Abdullah dan Guru Besar SK Oh, Encik Zuraidi Wahid.

Majalah Forbes pada tahun 2015 juga telah menyatakan bahawa kemahiran-kemahiran seperti ini merupakan kemahiran yang sangat penting yang dlihat oleh majikan dalam mengambil pekerja baharu. 

Dari kanan, adik Siti Nuruldiana Alya, CEO Kelab Murid Lubok Teras,, adik Aisyah Sofea, Head of Sales Division adik Aina Adyriana, Head of Performing Arts Division dan adik Aini Najwa, CFO Kelab Murid.


Thursday 4 August 2016

KEM UPSR TAJAAN YAYASAN BAKTI NEGARA

1.     RINGKASAN PROGRAM
1.1  Sekolah Kebangsaan Lubok Teras dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan Oh telah menganjurkan Kem Kecemerlangan UPSR yang ditaja sepenuhnya oleh Yayasan Bakti Negara Teregganu.
1.2  Kem ini menyasarkan penglibatan 40 orang murid dari 2 buah sekolah yang terdiri daripada murid-murid tahun 5 dan 6.
1.3  Matlamat utama penganjuran program ini adalah untuk melatih para murid untuk menguasai kemahiran belajar dan teknik menjawab soalan peperiksaan UPSR di samping membentuk jati diri dan disiplin murid-murid.
1.4  Kem Kecemerlangan kali ini juga merupakan salah satu inisiatif utama Yayasan Bakti Negara yang mahu murid merasai pengalaman belajar dan bermalam di suasana yang selesa dan kondusif.

2.     TARIKH, MASA DAN TEMPAT
2.1  Tarikh              : 2 – 4 Ogos 2016
2.2  Hari                 : Selasa, Rabu dan Khamis
2.3  Tempat            : Peladang Agro Resort, Setiu
2.4  Penglibatan     : 41 Murid SK Lubok Teras dan SK Oh (rujuk lampiran)

3.     ANJURAN DAN TAJAAN
3.1  Penganjur bersama    : SK Lubok Teras dan SK Oh
3.2  Penaja Utama             : Yayasan Bakti Negara Terengganu
3.3  Penaja Kecil                : Kelab Murid SK Lubok Teras

  Kelab Guru dan Staf SK Lubok Teras