We Believe in Children's Potential

Here in SK Lubok Teras, we try our best to highlight every student's potential and give them the best education that suits their interest.

Every Child Matters

Polisi di SK Lubok Teras ialah tiada murid yang akan diasihkan kerana potensi akademik mereka. Kami akan berusaha untuk menyediakan pendidikan yang dapat membantu murid belajar dengan cara yang terbaik.

Fokus Pada Kemahiran Diri

Kami tidak hanya berfokuskan kepada akademik, sistem pendidikan kami juga memberi penekanan kepada kemahiran diri murid yang membolehkan mereka menjadi ahli masyarakat berguna pada masa hadapan.

Hubungan Baik Guru dan Ibu-Bapa

Hubungan rapat antara ibu-bapa dan guru merupakan antara kunci kejayaan kami. Guru-guru kami sentiasa berjumpa dengan ibu-bapa untuk memberi maklum balas mengenai prestasi anak-anak mereka.

Sentiasa Bersedia Membantu Murid

Guru-guru kami sentiasa bersedia membantu murid-murid walaupun di luar waktu persekolahan.

Monday 27 April 2015

Read to Me dan Junior Teacher

Tarikh : 22 April 2015
Aktiviti : Read to Me (Murid membaca cerita dari buku kegemaran mereka dihadapan murid lain)
Fasilitator : Guru Tahap 1
Bilangan Pelajar Terlibat : 25 orang (Tahap 1)
Progres Pelaksanaan/Ulasan : Aktiviti ini dijalankan di kantin. Murid membaca cerita dihadapan murid yang lain. Murid yang membaca diberikan penghargaan oleh guru.





Tarikh: 22 April 2015
Aktiviti: Junior Teachers
Bilangan Pelajar Terlibat: 55 murid (penekanan kepada murid yang belum fasih membaca)

Progres Pelaksanaan/Ulasan : Aktiviti ini mengkehendaki setiap murid yang dikenalpasti belum fasih membaca memilih seorang guru muda atau junior teacher untuk dijadikan teman dan guru membaca. Guru yang dipilih adalah dari kalangan murid-murid tahap 2. Guru-guru ini akan mengambil murid-murid ini untuk diajar membaca bahan bacaan yang dipilih oleh guru.






Friday 24 April 2015

 


Sebagai salah satu pengisian waktu hujung minggu dan cuti pendek persekolahan, SK Lubok Teras telah mengadakan Program Kelas “Kerja Rumah” untuk murid-murid SKLT. Kelas ini bertujuan untuk membantu murid dalam menyiapkan kelas kerja rumah yang diberikan oleh guru.

Umum tahu guru akan menyediakan kerja-kerja rumah sebagai aktiviti pengayaan (enrichment) atau pun sebagai aktiviti pengukuhan (remedial) kepada murid-murid. Walaubagaimanapun, kadang kala murid-murid memerlukan facilitation untuk menyiapkan tugasan yang diberi. Berada di kawasan luar Bandar dan pedalaman menyebabkan kurangnya support yang dapat diberikan di rumah. Latarbelakang keluarga murid-murid disini menyukarkan mereka untuk mendapat facilitation di rumah. Oleh sebab ini, pihak sekolah telah mencadangkan agar sebuah kelas terbuka dibuat dengan seroang guru bertindak sebagai facilitator bagi membantu murid menyiapkan tugasan yang diberikan.

Konsep “kelas terbuka” digunakan kerana kelas ini tidak mempunyai had-had tertentu samada dari segi umur murid atau pun subjek yang ingin disiapkan. Kelas terbuka juga membolehkan facilitator dari luar seperti bekas murid cemerlang SKLT turut menyertai kelas ini, samada untuk menyiapkan tugasan mereka atau pun bertindak sebagai salah seorang fasilitator.

Bagi pemilihan tempat dan masa, adalah bergantung sepenuhnya kepada fasilitator yang bertugas. Sebagai persediaan, fasilitator yang bertugas juga akan menyediakan bahan-bahan yang bersesuaian serta menjadi kepakaran fasilitator tersebut. Ini sebagai backup sekiranya murid-murid dapat menyiapkan tugasan awal dari jangkaan.

Bagi kuarter pertama (first quarter) tahun 2015, pihak sekolah telah berjaya mengadakan kelas seperti ini beberapa kali. Kelas-kelas ini telah diadakan bukan setakat di sekolah, malah juga di kawasan-kawasan rekreasi yang berhampiran dengan sekolah, contohnya di kawasan Sungai Nerus. Ini bagi menarik minat murid untuk belajar serta menanamkan sifat cinta terhadap alam sekitar. Kelas yang diadakan juga telah berjaya menarik beberapa orang bekas pelajar cemerlang SKLT yang kini berada di alam persekolahan menengah. Pelajar-pelajar ini telah membantu murid-murid SKLT yang hadir ke kelas kerja rumah dan memberi inspirasi kepada mereka untuk menjadi cemerlang.

 






Wednesday 22 April 2015

Pertandingan Mewarna, Melukis dan Jejak Maklumat

Tarikh: 21 April 2015
Aktiviti : Pertandingan Mewarna dan Melukis Poster Membaca
Fasilitator : Semua guru terlibat
Bilangan Pelajar Terlibat : 55 orang
Progres Pelaksanaan/Ulasan : Program berjalan lancar seperti yang dirancang, murid tahap 1 mewarna poster yang disediakan manakala murid tahap 2 melukis poster mengikut kreativiti masing-masing. Poster yang dipilih ditampal disekitar kawasan sekolah sepanjang Kem Membaca diadakan.







Tarikh : 21 April 2015
Aktiviti : Jejak Maklumat
Fasilitator : Guru Tahap 2
Bilangan Pelajar Terlibat : 46 orang (Tahap 2 - 6)

Progres Pelaksanaan/Ulasan : Aktiviti ini dijalankan di sekitar kawasan sekolah. Murid-murid perlu mencari klu yang terdapat diletakkan di sekitar kawasan sekolah. Setiap klu juga mengandungi soalan yang perlu dijawab oleh murid. Soalan-soalan diambil dari bahan-bahan bacaan murid yang terdapat pada “Book Trolley”.



Naib Johan Public Speaking

Tahniah kepada adik Siti Nor Alia Nabila bt Mohd Sukri atas kejayaan memecah rekod pencapaian SKLT di Karnival Ko-Akademik Bahasa Inggeris. Adik Alia Nabila mendapat Naib Johan dalam pertandingan Public Speaking Zon Setiu Timur. Pencapaian ini merupakan pencapaian terbaik yang pernah dicapai oleh murid-murid SKLT dalam arena Public Speaking. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada anak didik SKLT yang lain.

Foto oleh adik Nur Syamimie Munirah, Murid Tahun 3


Perasmian Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) 2015

Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) merupakan aktiviti tahunan yang dianjurkan disemua sekolah diseluruh Malaysia. Di SK Lubok Teras, KM1M adalah antara aktiviti yang dititik beratkan setiap tahun dan mendapat penglibatan semua murid.

Perasmian & Pelancaran Program
Pelancaran telah diadakan pada 21 April 2015. Program berjalan lancar seperti yang dirancang, perasmian dilakukan pada pukul 10 pagi, serentak dengan perasmian di peringkat kebangsaan. Pada waktu perasmian juga, diadakan 10 minit membaca, dengan setiap murid dibekalkan dengan satu buku dari “SKLT Book Trolley”. Ucapan perasmian oleh En Wan Shamsukardi bin Wan Aziz, Guru Penolong Kanan 1 Sekolah Kebangsaan Lubok Teras. Turut diadakan ketika majlis perasmian ialah nyanyian lagu “Budaya Membaca” yang diketuai oleh pasukan kesenian dan kebudayaan sekolah. Pada majlis kali ini juga, diadakan pemberian Buku Nilam versi baru yang direka sendiri oleh PSS SKLT. Setiap murid juga diberi kad pusat sumber yang baru dan setiap kelas pula dibekalkan dengan sekotak bahan bacaan bergerak yang diberikan nama “Book Mobile”.



Friday 10 April 2015

Tempat ke-3 SMART English YDSM Zon Setiu Timur

Pada 9 April 2015, telah diadakan pertandingan SMART English anjuran Yayasan Diraja Sulta Mizan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu. Pertandingan yang diadakan di SK Seri Langkap ini merupakan acara tahunan yang bertujuan meningkatkan minat dan penguasaan murid-murid dalam berbahasa Inggeris.

Siapa sangka, pada pertandingan kali ini, SK Lubok Teras telah berjaya mencipta sejarah apabila buat pertama kalinya, kami berjaya merangkul tempat ke-3. Kejayaan ini merupakan kejayaan terbesar SKLT dalam sejarah penyertaan dalam pertandingan SMART English ini.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada murid-murid yang telah gigih berusaha untuk menyertai pertandingan ini!

Saksikan rakaman persembahan hebat murid-murid ini dalam video di bawah.