Program Pembangunan Atlet dan Sukan
Olahraga merupakan fokus utama kepada program pembangunan murid SKLT. Secara
keseluruhannya, pencapaian SK Lubok Teras dalam bidang olahraga sebelum tahun
2015 adalah kurang memberangsangkan. Mengikut rekod kami, sepanjang 30 tahun
penubuhan sekolah, hanya beberapa kali sahaja SKLT pernah memenangi pingat
dalam acara olahraga di peringkat daerah. Dan satu-satunya rekod yang boleh
disahkan ialah pada tahun 2013, iaitu pingat gangsa dimenangi oleh Ahmad Raihan
Aiani dalam acara Lompat Jauh L12. Untuk tahun 2014 dan 2015, tiada sebarang
kutipan pingat dipungut oleh mana-mana atlet SK Lubok Teras dalam acara
olahraga.
RASIONAL
Program Olahraga pada mulanya telah dicadangkan
oleh Encik Hafiz Abdullah pada Mesyuarat Awal Tahun Sesi Persekolahan 2016.
Objektif utama pada ketika itu adalah mengangkat potensi sukan yang ada dalam
diri murid bagi membolehkan mereka melayakkan diri ke sekolah-sekolah sukan
KONSEP PELAKSANAAN
Program Latihan
Konsep
pelaksanaan program ini adalah latihan secara berterusan dan terancang. Latihan
secara tersusun dan terancang ini akan dipantau oleh sekurag-kurangnya seorang
guru. Modul, video latihan, contoh pelaksanaan dan langkah-langkah terlibat
akan diberi kepada guru yang bertugas, manakala semua guru dikehendaki untuk
tahu serba sedikit mengenai semua aspek berkaitan. Ini membolehkan PPSO
dijalankan sepanjang tahun dan tidak terikat kepada seorang guru atau jurulatih
sahaja.
Kerjasama Luar
Bagi menguji dan
meningkatkan persaingan murid, sekolah akan menyertai mana-mana pertandingan
yang dianjurkan samada oleh pihak PPD, JPN atau pihak swasta dan NGO luar.
Sekolah juga akan mengadakan kerjasama dengan sekolah-sekolah yang berdekatan
dari segi latihan dan pertandingan. Ini termasuklah mendapat khidmat nasihat
dan tunjuk ajar dari sekolah yang mempunyai program olahraga yang mantap
sepertimana di SK Kampung Bukit. Pihak sekolah akan turut memohon bantuan
daripada pihak PPD Setiu bagi membolehkan atlet-atlet sekolah berlatih di
tempat yang mempunyai kemudahan trek seperti di SMK Bukit Nenas (Sekolah Sukan
Terengganu).
Program Insentif
Program insentif dalam PPSO adalaha salah-satu
komponen penting bagi memastikan murid yang berjaya diberi penghargaan
seadanya.
Penerapan Nilai
AMALAN TAMBAHAN
0 comments:
Post a Comment