We Believe in Children's Potential

Here in SK Lubok Teras, we try our best to highlight every student's potential and give them the best education that suits their interest.

Every Child Matters

Polisi di SK Lubok Teras ialah tiada murid yang akan diasihkan kerana potensi akademik mereka. Kami akan berusaha untuk menyediakan pendidikan yang dapat membantu murid belajar dengan cara yang terbaik.

Fokus Pada Kemahiran Diri

Kami tidak hanya berfokuskan kepada akademik, sistem pendidikan kami juga memberi penekanan kepada kemahiran diri murid yang membolehkan mereka menjadi ahli masyarakat berguna pada masa hadapan.

Hubungan Baik Guru dan Ibu-Bapa

Hubungan rapat antara ibu-bapa dan guru merupakan antara kunci kejayaan kami. Guru-guru kami sentiasa berjumpa dengan ibu-bapa untuk memberi maklum balas mengenai prestasi anak-anak mereka.

Sentiasa Bersedia Membantu Murid

Guru-guru kami sentiasa bersedia membantu murid-murid walaupun di luar waktu persekolahan.

Wednesday 25 January 2017

PAJSK di SK Lubok Teras



Pada 24 Januari yang lepas, kami telah mengadakan satu perjumpaan khas dengan murid-murid bagi membuat pengemaskinian fail rekod PAJSK mereka.

Di SK lubok Teras, kami sentiasa memastikan murid tahu prestasi semasa mereka, bukan setakat dalam bidang akademik, malahan juga dalam bidang ko-kurikulum. Guru kami menyediakan borang khas bagi pengisian PAJSK secara manual oleh murid-murid sendiri, supaya mereka tahu dimana kedudukan mereka dan apa yang perlu mereka buat untuk perbaiki prestasi mereka. Seperti mana yang ditekankan dalam konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah,  iaitu konsep "Tahu Prestasi Saya".

Setiap tahun juga, kami akan mengadakan perjumpaan khas bersama ibu bapa dalam kumpulan kecil bagi memberi penerangan mengenai PAJSK. Bukan setakat itu juga, kami turut menyediakan ruang untuk sama-sama berbincang dengan ibu bapa aspek mana yang anak-anak mereka akan kuasai, samada Unit Beruniform, Sukan dan Permainan atau Kelab dan Persatuan. Biasanya, kami akan memberi rekomendasi supaya setiap murid di SK Lubok Teras mempunyai dua aspek yang mereka boleh kuasai. 

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai PAJSK, bolehlah klik link di bawah.


Sunday 22 January 2017

FUN RUN & MERENTAS DESA MERIAH!

19 Januari 2017, Kejohanan Merentas Desa dan Fun Run SK Lubok Teras tahun 2017 berjalan dengan lancar walaupun pada mulanya hujan turun dengan begitu lebat pada paginya.

Seperti tahun sebelumnya, kejohanan kali ini mendapat sambutan dari golongan ibu bapa dan ahli keluarga murid. Malahan, walaupun hujan renyai-renyai, tidak sesekali mematahkan semangat para ibu bapa untuk terus meneruskan larian.

Tahniah kepada ibu bapa yang terlibat, terima kasih kepada PIBG atas kesudian menaja hadiah dan juga makan minum pada hari kejohanan!.

Berikut merupakan keputusan penuh bagi kejohanan kali ini:


LELAKI 12
1. AMIRRUDIN BIN ALI
2. MUHAMMAD SAIFUL BIN CHE A RAHMAN
3. ALIF AIMAN BIN ZULKIFLI
4. SYED ALIF SHAQIR BIN SYED ABDUL RAHMAN
5. MUHAMMAD SYAHMI HAKIM BIN MESRI
6. AFIQ AIMAN BIN MOHD SAAD

PEREMPUAN 12
1. INTAN SHAFIKA BINTI ABDULLAH
2. NOR SYAMIMIE MUNIRAH BINTI IDHAM HALIMI
3. WAN NURNATASHA ATIQAH BINTI WAN RAMLI
4. IMAN IZZATTI ASYIQIN BINTI ASPAWI
5. NUR AIN FARISYA BINTI ABDULLAH
6. NUR ASYIRAH NADIHAH BINTI AZMAN

LELAKI 9
1. ALLY ISKANDAR FAKRULLOH BIN ROSLI
2. MUHAMMAD ADAM HAIKAL BIN ALI
3. MUHAMMAD ARIF DANIEL BINTI MOHAMAD
4. MUHAMMAD AFIQZAL HAKIM BIN SAIDOM
5. MUHAMMAD IRFAN HAKIM BIN MESRI
6. AHMAD SHAMIL EISHAM BIN MOHD SAMSUZUHA

PEREMPUAN 9
1. NURUL DANIA BINTI CHE A RAHMAN
2. SITI NUREISYA IDAYU BINTI ZAMRI
3. NOR SYAMINA ARISYA BINTI IDHAM HALIMI
4. SHARIFAH AIN NUR ANNISA BINTI SYED SALIM
5. ALYA AMALIA BINTI ZULKIFLI
6. SITI SAIDATUL ALIA BINTI MOHD YUSOF

MATA RUMAH UNTUK MERENTAS DESA:
TEMENGGUNG - 149
LAKSAMANA - 139
BENDAHARA - 135

MARKAH KESELURUHAN:
LAKSAMANA - 209
TEMENGGUNG - 204
BENDAHARA - 195















Saturday 14 January 2017

FUN RUN KEMBALI LAGI!!!




FUN RUN KEMBALI LAGI!!!!!

Jom semua, kita sihatkan diri dengan menyertai SKLT Fun Run 2017!

Kalau tahun lepas kita lari ke Bukit Aman, tahun ni kita ke Bukit Lawang pula!.

Yang tahun lepas rasa tak laju mana berlari tu, jangan bimbang, tahun ni kita ada empat kategori, iaitu bawah 35 lelaki dan perempuan serta atas 35 lelaki dan perempuan. Hah! Makin bertambahlah peluang untuk menang hadiah kan!

Sama-sama kita meriahkan Fun Run 2017 disamping memberi sokongan kepada anak-anak kita yang terus menerus mencipta nama dalam bidang sukan!.

Setiap penyertaan anda akan memberi mata kepada rumah sukan anak-anak/adik anda!.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi pihak sekolah atau AJK PIBG.

Monday 2 January 2017

FIRST DAY OF SCHOOL









1 Januari 2017 membuka tirai sesi persekolahan 2017. Dan seperti biasa, hari pertama di SK Lubok Teras berjalan dengan begitu lancar tanpa sebarang masalah. Hari pertama kami dimulakan dengan perhimpunan yang dikendalikan sepenuhnya oleh murid-murid dan juga dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya. Malahan, para guru juga memberikan komitmen yang tinggi dengan turut sama menyampaikan ucapan dalam Bahasa Inggeris.

Proses Pembelajaran dan Pemudahcaraan juga berjalan seperti biasa dengan elemen kreatif dan kritis dapat dilihat sepanjang PdPc berlangsung. Guru-guru juga tidak kekok menggunakan pelbagai bahan dan alat bantuan pembelajaran bagi membolehkan murid-murid belajar dengan seronok.

Waktu zohor pula diisi dengan solat zohor berjemaah dan solat hajat awal tahun. Solat zohor dan solat hajat ini telah diimamkan oleh Guru Penolong Kanan 1, Ustaz Wan Shamsukardi b Wan Aziz.

Sebelah tengah hari pula, Kelas Asas Fardhu Ain berjalan seperti biasa dan murid-murid sempat sembahyang Asar secara berjemaah sekali lagi sebelum kelas berakhir. Dan pada sebelah petang, latihan atlet berjalan seperti sediakala, bermula dari jam 5.45 petang sehingga ke jam 7 petang.

Secara keseluruhannya, walaupun 1 Januari merupakan hari pertama, namun segala aktiviti, nilai, adat dan budaya sekolah sudah pun berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.