We Believe in Children's Potential

Here in SK Lubok Teras, we try our best to highlight every student's potential and give them the best education that suits their interest.

Every Child Matters

Polisi di SK Lubok Teras ialah tiada murid yang akan diasihkan kerana potensi akademik mereka. Kami akan berusaha untuk menyediakan pendidikan yang dapat membantu murid belajar dengan cara yang terbaik.

Fokus Pada Kemahiran Diri

Kami tidak hanya berfokuskan kepada akademik, sistem pendidikan kami juga memberi penekanan kepada kemahiran diri murid yang membolehkan mereka menjadi ahli masyarakat berguna pada masa hadapan.

Hubungan Baik Guru dan Ibu-Bapa

Hubungan rapat antara ibu-bapa dan guru merupakan antara kunci kejayaan kami. Guru-guru kami sentiasa berjumpa dengan ibu-bapa untuk memberi maklum balas mengenai prestasi anak-anak mereka.

Sentiasa Bersedia Membantu Murid

Guru-guru kami sentiasa bersedia membantu murid-murid walaupun di luar waktu persekolahan.

Tuesday 29 September 2015

Murid Menyiapkan Laporan

Keadaan berjerebu menyebabkan tiada aktiviti luar yang dapat dijalankan untuk perjumpaan Kelab dan Persatuan minggu sebelum ini. Untuk itu, pada perjumpaan ko-kurikulum 29 September lepas, murid-murid diajar untuk menulis dan menyiapkan laporan aktiviti kelab dan persatuan mereka. Untuk pengetahuan semua, murid-murid dikehendaki menulis laporan setiap aktiviti/perjumpaan yang diadakan sepanjang tahun oleh mereka sendiri. Guru hanya akan bertindak sebagai guide dan bertanggungjawab mengesahkan laporan yang ditulis oleh murid.

Gambar oleh adik Afiq Aiman, Tahun 2 Husna.







Monday 14 September 2015

Naib Johan Inovasi Daerah

Mencipta sejarah lagi! Pada 14 September yang lepas, pasukan inovasi SK Lubok Teras yang diketuai dan dibimbing oleh Ustaz Wan Muhd Nur Hisyam berjaya mendapat Naib Johan dalam Pertandingan Inovasi Kelab dan Persatuan Peringkat Daerah Setiu!

Pasukan inovasi SK Lubok Teras telah membawakan ciptaan tong sampah pintar yang dikenali sebagai "My Friendly Musical Dustbin". Pasukan ini telah menewaskan lebih 30 buah sekolah yang lain untuk ke peringkat akhir dan akhirnya berjaya menewaskan 3 lagi peserta peringkat akhir.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus menyiapkan projek inovasi ini serta bekerjsama dalam menyiapkan murid-murid menghadapi pertandingan ini. Semoga kemenangan ini menjadi inspirasi kepada murid-murid untuk menjadi lebih kreatif dan berani mereka cipta sesuatu yang baru.


Wednesday 9 September 2015

Hari Pertama UPSR 2015

Gambar-gambar sekitar hari pertama UPSR pada hari ini. Alhamdulillah, tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku dan semuanya berjalan dengan lancar. Terima kasih semua atas doa dan sokongan terutama ibu-bapa, para guru dan staff, murid-murid serta rakan-rakan FB yang tidak putus-putus mengutuskan doa serta kata-kata semangat. Terima kasih kami ucapkan.

CERIA Sufian Hafizat kelihatan ceria pada pagi ini sebelum memulakan peperiksaan dengan kertas Bahasa Melayu Kefahaman

Encik Izaman, ayah kepada Nurizzati, membaca kad-kad ucapan yang diberikan oleh murid-murid, khas untuk calon-calon UPSR SK Lubok Teras.

MUAFAKAT - Kaum ibu murid-murid tahun 6 bergotong-royong menyediakan makanan tengah hari buat anak-anak mereka.

PESANAN AKHIR Encik Nasir, selaku Penyelaras UPSR pada tahun ini yang juga merangkap Guru Bahasa Melayu, memberikan amanat dan pesanan terakhir kepada calon-calon SKLT sebelum memasuki dewan peperiksaan 

TAWAKKAL Puan Suzana, ibu kepada Alia Nabila mengaminkan bacaan doa untuk anaknya sebelum bermulanya kertas peperiksaan pertama.

SOKONGAN PADU Murid-murid SKLT yang lain juga tidak ketinggalan untuk memberikan sokongan padu kepada abang-abang dan kakak-kakak senior mereka yang akan memasuki dewan peperiksaan.

Tuesday 1 September 2015

Program Rehat Minda 2015

Program Rehat Minda pada tahun ini membawa calon-calon UPSR kami melawat sekitar daerah Kuala Nerus. Ini termasuklah lawatan ke kolej vokasional rintis di Malaysia, iaitu Kolej Vokasional Wakaf Tembesu dan juga ke salah sebuah SBP terbaik di Malaysia, iaitu Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA). Mereka juga dibawa melawat ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud dan Pantai Teluk Ketapang.

Terima kasih kami ucapkan kepada penaja program iaitu pasangan Sir Anaqi Amran dan Mdm Izzah Farhani, Ustaz Wan Shamsukardi Wan Aziz serta Puan Norazlina Zakaria.

Terima kasih juga kepada Pengarah, pengurusan dan pelajar Kolej Vokasional Wakaf Tembesu, Pengetua, pungurusan, Unit Bimbingan dan Kaunseling serta Pembimbing Rakan Sebaya Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud atas layanan dan motivasi yang diberikan kepada murid-murid kami.










Untuk gambar selanjutnya, klik SINI.