Tuesday 22 December 2015

Tokoh Kepimpinan 2015: Aina Nabila bt Aznan

Tangisan anak sulung kepada pasangan En Aznan dan Puan Nazilawati ini kedengaran pada tanggal 19 Jun 2003, jam 10:15 malam di hospital Hulu Terengganu. Seorang yang agak pendiam pada mulanya, beliau berjaya membuktikan bahawa golongan perempuan juga boleh menjadi pemimpin berjaya. 

Sebagai Pengerusi Persatuan Bahasa Inggeris, beliau telab berjaya membawa pasukan beliau memenangi tempat ketiga pertandingan Smart English, Naib Johan action song serta naib johan public speaking. Beliau juga mewakili dan telah mengharumkan nama sekolah dalam pelbagai pertandingan peringkat zon dan daerah. Beliau telah mewakili sekolah dalam Perkhemahan Badan Beruniform Peringkat Daerah, Pertandingan Bola Baling dan Bola Jaring, Story Telling Zon Timur dan pernah mendapat Naib Johan dalam Pertandingan Sahibba Bahasa Melayu Zon Timur serta Pertandingan Inovasi Kelab dan Persatuan Peringkat Daerah Setiu.

Bakat kepimpinan beliau paling terserlah apabila dipilih sebagi Presiden Pertama Kelab Murid SKLT. Di bawah kepimpinan beliau, Kelab Murid yang baru berusia beberapa bulan ini telah berjaya mengumpul dana yang begitu banyak untuk menjayakan aktivit-aktiviti murid. Malahan, Kelab ini dalam misi menjaga kebajikan pelajar merupakan kelab paling aktif di sekolah dengan pelbagai aktiviti, antaranya jualan amal, tayangan filem-filem Bahasa Inggeris, program kebajikan seperti gotong-royong di surau komuniti, membaiki langsir surau sekolah serta projek jangka panjang seperti Taman Pertanian Kelab Murid. 

Seorang yang amat disenangi oleh guru-guru dan para pelajar SKLT, beliau menjadi “Kak Long” kesayangan semua. Kelibat beliau tentu sekali akan dirindui oleh adik-adik generasi seterusnya di SK Lubok Teras.

Memperkenalkan, penerima, Anugerah, Tokoh Kepimpinan SK Lubok Teras tahun 2015,saudari, Aina Nabila binti Aznan.







0 comments:

Post a Comment