Saturday 4 March 2017

TIEP CROSS COUNTRY 2017

Bersama Tuan Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Setiu dan Penyelia Kanan Sukan PPD Setiu

TIEP Cross Country 2017 telah selamat diadakan pada 4 Mac 2017 di Terengganu International Endurance Park, Lembah Bidong, Setiu. Kejohanan Cross Country ini diadakan bersempena dengan Kejohanan Kuda Lasak Antarabangsa Piala YAB Menteri Besar Terengganu. Seramai 14 orang atlet terdiri daripada atlet pelapis Tahun 2 - 5 dan juga Running Team SKLT telah menyertai pertandingan ini.

Running Team SK Lubok Teras sekali lagi membuktikan bahawa mereka tidak boleh dipandang rendah. Walaupun terpaksa berhadapan dengan pasukan Merentas Desa Negeri Terengganu serta pasukan Daerah, mereka tetap memberikan saingan sengit. Nur Syamimie Munirah sekali lagi menjulang nama SKLT apabila berjaya mendapat tempat Ke-6 keseluruhan. 

Buat pengetahuan, Pasukan Running Team yang baru sahaja habis kejohanan balapan dan padang daerah tidak mempunyai masa untuk latihan larian jarak jauh. Malahan, mereka pergi sebagai salah satu aktiviti "memanaskan badan" sebelum bermulanya kem olahraga daerah. 

Tahniah kepada semua atlet yang menyertai larian kali ini. Pasukan SK Lubok Teras juga telah menjadi tumpuan ramai termasuk Tuan Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu sendiri, malahan beliau telah membuat permintaaan khas mahu mendengar "War Cry" atau cheer pasukan SKLT.

Terima kasih kami ucapkan kepada Pengerusi J3K Bukit Aman, Encik Saidom b Wahab yang menjadi penaja makanan atlet kami hari ini, terima kasih juga kepada Tuan Haji Kepayatu Allah, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Setiu yang sudi memberi sumbangan kepada atlet-atlet kami.

Semoga hari ini menjadi inspirasi kepada atlet-atlet pelapis untuk menjadi hebat sepertimana senior-senior mereka.

Keputusan Keseluruhan Atlet SKLT:

Nur Syamimie Munirah - ke-6
Wan Nurnatasha Atiqah - ke-10
Intan Shafika Abdullah - ke-12
Nur Iman Izzatti - ke-13

Senarai Atlet Pelapis Yang Menyertai:

Muhammad Alif Aiman - Tahun 2
Nurul Dania - Tahun 2
Ally Iskandar Fakrulloh - Tahun 3
Muhammad Afiqzal Hakim - Tahun 3
Ain Farisya bt Abdullah - Tahun 4
Nur Asyirah Nadihah Azman - Tahun 4
Syed Alif Shaqir - Tahun 4
Muhammad Saiful - Tahun 5
Alisah Maisarah - Tahun 5
Nur Izzati Balqis - Tahun 5












0 comments:

Post a Comment