Friday 3 March 2017

LEPASAN 2016: 70% TERIMA TAWARAN SEKOLAH KAWALAN

Keputusan UPSR 2016 membuktikan bahawa SK Lubok Teras adalah sebuah sekolah yang cemerlang dalam semua bidang. Kejayaan menjadi 5 terbaik Negeri Terengganu merupakan antara kejayaan terbesar SKLT dalam bidang akademik.


Kini, memasuki Mac 2017, kami amat berbangga dengan prestasi anak-anak UPSR 2016 di mana sehingga kini, 70% daripada mereka mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran peringkat menengah ke sekolah-sekolah kawalan. Umum mengetahui bahawa kemasukan ke sekolah-sekolah kawalan amatlah ketat dan hanya yang betul-betul cemerlang dalam semua bidang sahaja yang diterima masuk. 

Ahmad Iskandar Zulkarnain telah mendapat tawan ke Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah di Kuantan, manakala Sharifah Shaqirah Nadyrah pula mendapat tawaran ke Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Setiu. Nadyrah juga telah mendapat tajaan biasiswa sepenuhnya dari Yayasan Peneraju melalui Program Tunas Geliga.

Manakala, Presiden Kelab Murid 2016 dan Ketua Pengawas PSS 2016, Anis Farisha dan Nurul Asyirah telah mendapat tawaran ke Sekolah Menengah Kebangsaan Pelong, iaitu Sekolah Premier berstatuskan asrama penuh. Afiq Asyraf dan Faiz Haziq pula mendapat tawaran ke Madrasah Moden MAIDAM Kuala Nerus, sebuah sekolah pondok kerajaan Negeri yang dikawal ketat kemasukkanyya. Mereka berdua telah berjaya menjadi antara 60 murid terpilih daripada 400 calon keseluruhan. Tidak dilupakan juga, Mohd Lutfillah yang turut mendapat tawaran ke Kelas Rancangan Khas untuk murid cemerlang di SMK Sungai Tong.

Tahniah kami ucapkan kepada murid-murid Class of 2016. Kami harapkan agar kecemerlangan anda akan diteruskan lagi di peringkat sekolah menengah pula!.

Tahun 6 2016

0 comments:

Post a Comment