Kalau perasan, team SK Lubok Teras ke Kejohanan Balapan dan Padang baru-baru ini tidak hanya terdiri daripada atlet-atlet. Team kami ada atlet, ada photographers, dan ada chaperone.
Ya, chaperone yang terdiri dari kalangan murid-murid sendiri. Ada yang memanggil mereka dengan panggilan pengiring atlet, peneman atlet, malahan ada yang menggelar mereka sebagai “Pengurus Cilik”.
Apa Tugas Mereka ?
Bukan semua murid mempunyai bakat hebat dalam bidang sukan. Namun, ada antara mereka yang mempunyai daya kepimpinan dan pengurusan yang hebat. Oleh sebab itulah, semenjak dari awal lagi, kami ajar anak-anak kami dengan kemahiran pengurusan dan kepimpinan ini. Pengurus Atlet yang kami bawa bertugas memastikan atlet-atlet yang akan bertanding dalam keadaan baik dengan memastikan diet mereka dipatuhi, air sentiasa cukup, keperluan dan alatan sentiasa dijaga. Malahan, bukan setakat itu sahaja, mereka juga diajar untuk mengambil masa pesaing-pesaing lain, mengambil masa dan jarak atlet-atlet kami, memberi sedikit “feedback” tentang prestasi semasa atlet-atlet yang bertanding serta memastikan mereka “right-on-track”. Mereka juga sentiasa alert dengan rekod-rekod kejohanan, keputusan saringan dan catatan terkini atlet-atlet kami. Tidak hairanlah jika ada guru-guru dari sekolah lain yang menggelarkan mereka sebagai “Jurulatih Cilik”. Stopwatch, measuring tape, pen, notebooks, camera, phone, markers dan sebagainya sentiasa berada di sisi mereka!.
Ini HIDDEN CURRICULUM KAMI!
Melalui pengalaman sebegini, mereka belajar kemahiran berkomunikasi, kemahiran mengurus, kemahiran kepimpinan, nilai bantu-membantu, tidak berputus asa serta kemahiran menyusun strategi dalam pertandingan.
Menggunakan peluang BnP Daerah untuk mengajar, untuk menjalankan proses pembelajaran secara tidak langsung!. Kami akan pastikan, setiap murid yang pergi ke kejohanan, samada sebagai atlet atau tidak, BELAJAR SESUATU dari kejohanan ini.
0 comments:
Post a Comment