SK Lubok Teras terus menempa nama diperingkat kebangsaan dengan kali ini Program Pembangunan Atlet kami pula yang mendapat perhatian nasional. Mantan Guru Besar, Encik Zuhaidi bin Othman telah diberikan penghormatan oleh pihak JPNT bagi mewakili Negeri Terengganu dalam membentangkan program ini ketika Seminar Nasional Pengurusan Kepimpinan Pendidikan di Institut Aminuddin Baki. Seminar yang dirasmikan sendirin oleh Menteri Pendidikan itu dihadiri oleh guru-guru besar, para pengetua dan pegawai-pegawai pendidikan dari seluruh negara.
Apa yang menariknya, sesudah pembentangan dan tayangan video Arena Cahaya SKLT, ramai antara mereka terharu malah sehingga menitiskan air mata kerana kagum melihat bagaimana Lubok Teras berjaya merubah anak kampung biasa menjadi juara yang dikenali ramai.
0 comments:
Post a Comment