Wednesday 2 August 2017

KADET SKLT MUNCUL NAIB JOHAN KEBANGSAAN



Sejarah telah tercipta lagi hari ini di Perkhemahan TKRS KRS Peringkat Kebangsaan apabila Aina Adyriana, Aini Najwa dan Aisyah Sofia berjaya merangkul NAIB JOHAN dalam Pertandingan Pandu Arah Perkhemahan.

Aina, Aisyah dan Aini beraksi cemerlang dalam pertandingan tersebut dan berjaya menamatkan perjalanan pandu arah mereka hanya dalam masa 42 minit. Mereka juga mendapat markah antara yang tertinggi di ujian check-point antara semua 14 negeri yang bertanding

Tahniah kami ucapkan kepada mereka bertiga. Tahniah dan terima kasih kepada seluruh warga jurulatih dan kontinjen Negeri Terengganu yang telah bertungkus lumus melatih mereka.

PERKEHMAHAN PERDANA KRS TKRS PERINGKAT KEBANGSAAN 2017
Kem Tasoh, Pusat Ko-Kurikulum Jabatan Pendidikan Negeri Perlis
29 Julai - 1 Ogos 2017




0 comments:

Post a Comment