We Believe in Children's Potential

Here in SK Lubok Teras, we try our best to highlight every student's potential and give them the best education that suits their interest.

Every Child Matters

Polisi di SK Lubok Teras ialah tiada murid yang akan diasihkan kerana potensi akademik mereka. Kami akan berusaha untuk menyediakan pendidikan yang dapat membantu murid belajar dengan cara yang terbaik.

Fokus Pada Kemahiran Diri

Kami tidak hanya berfokuskan kepada akademik, sistem pendidikan kami juga memberi penekanan kepada kemahiran diri murid yang membolehkan mereka menjadi ahli masyarakat berguna pada masa hadapan.

Hubungan Baik Guru dan Ibu-Bapa

Hubungan rapat antara ibu-bapa dan guru merupakan antara kunci kejayaan kami. Guru-guru kami sentiasa berjumpa dengan ibu-bapa untuk memberi maklum balas mengenai prestasi anak-anak mereka.

Sentiasa Bersedia Membantu Murid

Guru-guru kami sentiasa bersedia membantu murid-murid walaupun di luar waktu persekolahan.

Tuesday, 26 January 2016

INTAN CIPTA SEJARAH PERTAMA 2016

Tahniah Adik INTAN SHAFIKA yang berjaya mendapat NAIB JOHAN dalam Kejohanan Merentas Desa MSSD 2016!. Tahniah kepada pasukan merentas desa perempuan yang menjulang nama SK Lubok Teras menjadi NAIB JOHAN Keseluruhan Merentas Desa MSSD kali ini. Adik Intan Shafika menjadi murid pertama mencipta sejarah pada tahun ini dan ini merupakan rekod terbaik SKLT sepanjang ditubuhkan. Adik Intan bakal mewakili Daerah Setiu dalam Kejohanan Merentas Desa MSST 2016 yang turut diadakan di Sekolah Sukan Terengganu Bukit Nenas.

Tahniah juga kepada barisan jurulatih yang diketuai oleh Encik Hafiz Abdullah dan disokong penuh oleh GPK Ko, Encik Mohd Afnizam b Mohd Ghazali.






Saturday, 16 January 2016

KEJOHANAN MERENTAS DESA & FUN RUN 2016

SKLT telah berjaya menganjurkan Kejohanan Merentas Desa dan FUN RUN pada 14 Januari 2016. Penganjuran kali ini merupakan yang paling meriah dalam sejaran penganjuran kejohanan peringkat sekolah dengan adanya penyertaan dari ibu bapa bekas murid dan belia Kg Bukit Aman dan Bukit Lawang dalam "Fun Run" yang pertama kalinya diadakan. Semangat komuniti dan kekitaan yang amat tinggi telah ditonjolkan oleh warga Kg Bukit Aman dan Bukit Lawang, bekas-bekas murid, ibu bapa dan orang awam sampai ada yang sanggup mengambil cuti semata-mata untuk menyertai kejohanan ini.

6 kategori telah dipertandingkan dan 34 pemenang telah menerima hadiah masing-masing pada majlis penutup yang telah diadakan pada akhir kejohanan.Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan kejohanan ini. Semoga berjumpa lagi di kejohanan akan datang.













Monday, 11 January 2016

SAMBUTAN MAULIDUL RASUL 2016

Program ini telah diadakan pada 10 Januari 2016. Antara pengisian program ialah selawat, ceramah , pertandingan kuiz, pertandingan bercerita kisah nabi dan pertandingan mewarna. Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah diadakan bersama-sama penyampaian sumbangan kelab murid.








Monday, 4 January 2016

Murid Cemerlang 2015 Singgah di Sekolah

Saudari Aina Nabila dan Alia Nabila, dua pelajar cemerlang kami tahun lepas singgah ke sekolah untuk berjumpa dengan guru-guru memohon restu sebelum pergi mendaftar diri di sekolah masing-masing. Mereka berdua juga sempat mengadakan sesi soal jawab dan motivasi ringkas kepada adik-adik mereka di SK Lubok Teras.

Saudari Aina Nabila akan menyambung pelajarannya di SM Imtiaz Yayasan TerengganuSetiu manakala Alia Nabila akan ke SBP Integrasi Tun Abdul Razak (InSTAR) Pekan. Pada hari ini juga kami menerima khabar gembira apabila seorang lagi murid kami berjaya ditempatkan di sekolah kawalan Agama Negeri Terengganu. Ini menjadikan 40% daripada lepasan SK Lubok Teras 2015 berjaya menerima tawaran dari sekolah-sekolah kawalan.

Ramai yang tidak tahu sebenarnya guru-guru SKLT lah yang sentiasa berusaha memastikan anak-anak didik mendapat pendidikan yang cemerlang di sekolah-sekolah terpilih apabila mereka tamat tahun 6. Ya, perjuangan kami tidak terhenti selepas keputusan UPSR, malahan, kami sentiasa bekerja memastikan lepasan SKLT akan mendapat tempat di sekolah-sekolah kawalan yang hebat. Oleh itu, tidak mustahil jika anda melihat guru-guru kami mengisi borang-borang pemohonan, membawa anak-anak murid ke temuduga dan ujian kemasukan serta sentiasa bersedia membantu mereka menyelesaikan hal-hal pesediaan kemasukan ke sekolah menengah dengan kerjasama erat ibu bapa mereka.

Inilah sekolah kami, walaupun kecil, namun harapan dan impian kami untuk anak-anak ini, amatlah besar.




Sunday, 3 January 2016

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN SESI 2016

Hari pertama persekolahan di SK Lubok Teras dimulai dengan lawatan rasmi oleh Pegawai Perhubungan Sekolah, Encik Shansuddin dan Encik Azaman. Encik Shansuddin dalam ucapannya memuji para pelajar yang kelihatan segak, ceria dan cergas pada hari pertama persekolahan. Beliau juga sempat bertemu dengan murid-murid tahun 6 untuk sedikit motivasi dan kata-kata semangat kepada mereka.



Gambar sekitar hari pertama persekolahan, klik di sini.

Friday, 1 January 2016

1 Januari 1985

1 Januari 1985 - 1 Januari 2016. maka genaplah sudah 31 tahun SKLT ditubuhkan. 

Sekarang kita sudah pun memasuki tahun ke 32.

Jom kita imbas kembali, apa yang berlaku pada hari pertama pembukaan SK Lubok Teras, 31 tahun yang lepas. Catatan bersejarah ini telah ditulis oleh Guru Besar pertama SK Lubok Teras, En Abdul Rahman @ Jusoh Bin Chik.

1 Januari 1985

1. Hari ini sekolah mula dibuka. Semua guru-guru yang diarahkan bertukar ke sekolah ini telah hadir melaporkan diri, kecuali seorang.

2. Kerana sekolah ini sekolah baru, keadaan kawasannya adalah semak-samun dengan rumput lalang dan anak-anak kayu. Bagi mengatasi keadaan ini, pihak Ibu Bapa dari Kampung Bukit Aman dan Bukit Lawang yang anak-anak mereka bersekolah di sini telah keluar beramai-ramai bergotong-royong menebas kawasan sekolah yang berhampiran dengan bangunan sekolah sahaja. DI samping itu membawa kenduri doa selamat bagi sempena upacara pembukaan sekolah baru.

3. Sambutan dari ibu bapa sangatlah baik. Mereka terpaksa tinggalkan kerja seharian mereka untuk dating beramai-ramai bagi membersihkan kawasan sekolah dari semak-samun. Saya bagi pihak sekolah ini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga di atas kerjasama dari ibu-bapa terutamanya atas daya usaha Ketua Kampung, Abu Bakar bin Said yang telah memainkan penting dalam menjayakan perkara ini.

4. Sekolah tidak belajar lagi kerana kerja membersihkan kawasan berlarutan sehingga jam 11 pagi dan selepas itu, dijalankan pendaftaran masuk murid-murid mengikut darjah-darjah masing-masing dan menyusun bilik darjah.


Thursday, 31 December 2015

Transformasi Pendidikan di SK Lubok Teras

2015 sudah sampai ke penghujung. Tahun ini merupakan tahun ke-30, penubuhan SK Lubok Teras di bumi bertuah ini. Bersesuaian dengan itu, maka tahun ini, kami guru-guru giat melakukan transformasi pendidikan sesuai dengan slogan Tuan Pengarah JPNT, iaitu "Memperkasakan Transformasi Pendidikan".

Tahun ini kami cuba untuk merubah anak-anak ini, meletakkan mereka sama tinggi dengan sekolah-sekolah luar, menyediakan mereka supaya mereka dapat bersaing dalam dunia penuh cabaran masa kini.

Dengan izin Allah, tahun ini merupakan tahun cemerlang di Lubok Teras, dengan banyak pencapaian yang mungkin, dahulunya, dianggap sebagai mustahil untuk dicapai.

Video ringkas ini menerangkan serba sedikit apa yang kami lakukan, dan apa antara pencapaian kami pada tahun ini. Kejayaan ini bukan hak milik sekolah, dan kejayaan ini bukan lah matlamat utama kami. Yang kami mahukan ialah, anak-anak anda, menjadi insan cemerlang, menjadi generasi yang akan membawa anjakan paradigma di komuniti kita suatu hari nanti, inshaAllah.




MAKLUMAN PENDAFTARAN 2016

MAKLUMAN KEPADA SEMUA IBU BAPA/PENAJGA MURID:

1) Pendaftaran untuk SEMUA murid akan dijalankan pada hari Jumaat, 1 Januari 2015, dari jam 9:00 pagi hingga ke jam 11:00 pagi.

2) Orientasi murid Tahun 1 akan diadakan pada hari tersebut, murid tahun1 dikehendaki memakai pakaian sekolah.

3)Taklimat kepada SEMUA ibu bapa akan diadakan selepas pendaftaran.

4)Taklimat KHAS kepada ibu bapa murid tahun 6 juga akan diadakan pada hari yang sama. Taklimat adalah berkenaan pengenalan format baru UPSR dan perancangan projek kecemerlangan secara sepintas lalu.

5)Perjumpaan dengan guru-guru kelas serta penyusunan kerusi dan meja akan dilakukan selepas pendaftaran.

6)Perjumpaan khas ibu bapa murid tahun 5 dengan guru kelas pada hari tersebut, semua ibu bapa diwajibkan hadir.





Monday, 28 December 2015

Gambar Kelas 2015

Tahun 2015 bakal melabuhkan tirainya beberapa hari lagi. Di sini kami ingin paparkan gambar-gambar kelas untuk tahun 2015 dan juga senarai murid 2015 buat tatapan pada masa hadapan.

1 FIRDAUS - CLASS OF 2020

2 HUSNA 2015 - CLASS OF 2019

3 MAKWA 2015 - CLASS OF 2018

4 NAIM 2015 - CLASS OF 2017

5 ADNIN 2015 - CLASS OF 2016

6 SALAM 2015 - CLASS OF 2015


KELAS NAMA MURID RUMAH
1 FIRDAUS ALLY ISKANDAR LAKSAMANA
1 FIRDAUS ADAM HAIKAL LAKSAMANA
1 FIRDAUS AFIQZAL HAKIM TEMENGGUNG
1 FIRDAUS DANISH HAIQAL BENDAHARA
1 FIRDAUS SAIFUL HAIKAL BENDAHARA
1 FIRDAUS AIN NUR ANNISA BENDAHARA
1 FIRDAUS NUREISYA IDAYU TEMENGGUNG
1 FIRDAUS SAIDATUL ALIA LAKSAMANA
1 FIRDAUS ARISYA MANISYA TEMENGGUNG


2 HUSNA


AFIQ AIMAN


TEMENGGUNG
2 HUSNA AMIZA NAFISA BENDAHARA
2 HUSNA ANIS SOFIYAH TEMENGGUNG
2 HUSNA AIN FARISYA BENDAHARA
2 HUSNA ASYIRAH NADIHAH LAKSAMANA
2 HUSNA SHATIQA NAJWA LAKSAMANA
2 HUSNA NURIN NABILA TEMENGGUNG
2 HUSNA ALIF SHAQIR LAKSAMANA


3 MAKWA


INTAN SHAFIKA


TEMENGGUNG
3 MAKWA LUQMAN HAKIMI LAKSAMANA
3 MAKWA MUHAMMAD SAIFUL TEMENGGUNG
3 MAKWA SYAMIMIE MUNIRAH BENDAHARA
3 MAKWA ALISAH MAISARAH TEMENGGUNG
3 MAKWA IZZATI BALQIS TEMENGGUNG
3 MAKWA FARIESA NAJWA BENDAHARA


4 NAIM


AINA ADYRIANA


BENDAHARA
4 NAIM AINI NAJWA BENDAHARA
4 NAIM AMIRRUDIN TEMENGGUNG
4 NAIM NORALIANA SYAFIKA LAKSAMANA
4 NAIM AISYAH SOFIA LAKSAMANA
4 NAIM IMAN IZZATTI BENDAHARA
4 NAIM NURULDIANA ALYA LAKSAMANA
4 NAIM WAN NUR NATASHA TEMENGGUNG


5 ADNIN


ISKANDAR ZULKARNAIN


BENDAHARA
5 ADNIN ANIS FARISHA TEMENGGUNG
5 ADNIN AFIQ ASYRAF TEMENGGUNG
5 ADNIN MUHAMMAD AZRIN LAKSAMANA
5 ADNIN FAIZ HAZIQ BENDAHARA
5 ADNIN MUHAMMAD HAFIZAN LAKSAMANA
5 ADNIN MUHAMMAD LUTFILLAH TEMENGGUNG
5 ADNIN NURUL ASYIRAH LAKSAMANA
5 ADNIN SHAQIRAH NADYRAH BENDAHARA
5 ADNIN NUREZRENA NASUHA LAKSAMANA


6 SALAM


AINA NABILA


LAKSAMANA
6 SALAM ANIQ ISKANDAR LAKSAMANA
6 SALAM FARAH NAJWA BENDAHARA
6 SALAM LUKQMAN NUR HAKIM LAKSAMANA
6 SALAM AZMER HAIQAL TEMENGGUNG
6 SALAM FAIZ HISHAM BENDAHARA
6 SALAM NUR SAHIRA TEMENGGUNG
6 SALAM NURIZZATI BENDAHARA
6 SALAM ALIA NABILA BENDAHARA
6 SALAM SUFIAN HAFIZAT BENDAHARA

Sunday, 27 December 2015

Taking Syllabus Outside of the Classroom

Realiti dunia sekarang mengkehendaki modal insan yang bukan sahaja pandai dalam bidang akademik tetapi juga mempunyai daya keyakinan yang tinggi, berupaya bekerjasama dalam kumpulan serta “soft-skills” yang mampu diaplikasikan dalam sesebuah organisasi.

Oleh itu, KPM sendiri telah menambah baik kurikulum pendidikan yang sedia ada dalam mencapai target ini. Dalam KSSR contohnya, keusahawanan telah dijadikan antara Elemen Merentas Kurikulum yang perlu diterapkan dalam proses pembelajaran dan pengajaran.

Di SK Lubok Teras, kami mengambil apa yang disarankan oleh kementerian kepada setapak lebih jauh. Penubuhan Kelab Murid oleh murid-murid sendiri contohnya memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan pengetahuan dalam bidang keusahawanan yang dipelajari dalam subjek Bahasa Melayu, Matematik dan Bahasa Inggeris pada dunia sebenar. Murid terlibat dalam mengorganisasikan jualan, tahu selok-belok peniagaan kecil seperti modal, keuntungan dan kos serta pandai memilih barangan untuk dikomersilkan. Murid juga diajar cara menguruskan kewangan secara efektif dan melabur untuk mengembangkan lagi kelab mereka.

Harapan kami adalah supaya murid-murid ini menjadi bukan setakat tenaga kerja yang baik, tetapi mampu menjadi usahawan dan berdiri di atas kaki sendiri.

Murid belajar untuk mengadakan jualan setakat kemampuan mereka serta menggunakan inter-personal skills bagi tujuan promosi dan meningkatkan hasil.

Melalui Kelab Murid, murid diajar untuk merekodkan setiap jualan mereka, menentukan harga jualan produk, mengira hasil pendapatan serta keuntungan

Pembelajaran di dalam kelas yang memfokuskan kepada murid menerbitkan produk mereka sendiri dan cuba untuk mengetengahkan produk kepada umum.