We Believe in Children's Potential

Here in SK Lubok Teras, we try our best to highlight every student's potential and give them the best education that suits their interest.

Every Child Matters

Polisi di SK Lubok Teras ialah tiada murid yang akan diasihkan kerana potensi akademik mereka. Kami akan berusaha untuk menyediakan pendidikan yang dapat membantu murid belajar dengan cara yang terbaik.

Fokus Pada Kemahiran Diri

Kami tidak hanya berfokuskan kepada akademik, sistem pendidikan kami juga memberi penekanan kepada kemahiran diri murid yang membolehkan mereka menjadi ahli masyarakat berguna pada masa hadapan.

Hubungan Baik Guru dan Ibu-Bapa

Hubungan rapat antara ibu-bapa dan guru merupakan antara kunci kejayaan kami. Guru-guru kami sentiasa berjumpa dengan ibu-bapa untuk memberi maklum balas mengenai prestasi anak-anak mereka.

Sentiasa Bersedia Membantu Murid

Guru-guru kami sentiasa bersedia membantu murid-murid walaupun di luar waktu persekolahan.

Saturday, 31 October 2015

KEJOHANAN OLAHRAGA DAN SUKAN TAHUNAN (SUKTER)

Kejohanan Olahraga dan Sukan Tahunan Sekolah atau SUKTER telah diadakan pada 24 Oktober 2015 yang lalu. Kejohanan kali ini merupakan antara yang paling meriah dengan sambutan hangat oleh penduduk kampung dan masyarakat setempat. Menurut kata Ketua J3K Kampung Bukit Aman, SUKTER pada tahun ini berkemungkinan SUKTER yang paling ramai penyertaan dari masyarakat setempat sepanjang 30 tahun penubuhan SKLT.

Suasana kemeriahan SUKTER telah mula dirasai beberapa minggu sebelumnya apabila murid-murid sibuk membuat persiapan di bawak kelolan AJK Kelab Murid. Antara persiapan yang dilakukan ialah mencipta logo dan bendera rumah, berlatih persembahan pembukaan serta menyiapkan atlet rumah masing-masing.

Pada 23 Oktober pula diadakan Karnival Permainan Bola Jaring untuk golongan ibu. Karnival ini dianjurkan oleh Group Mummy Bola Jaring Kampung Bukit Aman. Pada hari yang sama juga, para ibu-bapa memenuhi sekolah bagi menyiapkan khemah rumah sukan masing-masing. Malahan, ada yang sanggup tunggu sehingga jam 12 malam bagi membuat persiapan khemah.

SUKTER kali ini dimeriahkan lagi dengan kunjungan oleh wakil ATRA Dun Langkap yang sangat berminat dan teruja dengan kemeriahan SUKTER. Beliau juga meluahkan rasa kagum beliau terhadap persembahan pembukaan yang penuh bertenaga dan berkeyakinan oleh murid-murid.

Diharapkan kemeriahan SUKTER ini dapat diteruskan lagi pada masa-masa hadapan.




Klik LINK INI untuk lebih banyak gambar.

Thursday, 22 October 2015

Nostalgia Sukaneka SUKTER

Sempena dengan Kejohanan Olahraga dan Sukan Tahunan (SUKTER) 2015 yang bakal diadakan tidak lama lagi, pihak sekolah dengan bebesar hatinya menyiarkan gambar-gambar lama nostalgia Sukaneka SUKTER pada masa dahulu. Tidak dapat dipastikan tahun gambar-gambar ini diambil, namun satu sumber yang belum dapat disahihkan mengatakan gambar-gambar ini diambil pada tahun 1991, iaitu tahun ketujuh penubuhan sekolah.








Saturday, 17 October 2015

Kejohanan Merentas Desa Negeri anjuran Bank Rakyat dan SK Kampung Bukit

Tahniah adik Nur Iman Izzatti Asyiqin yang mendapat tempat ke-8 dalam Kejohanan Merentas Desa Terbuka Terengganu anjuran SK Kampung Bukit dan Bank Rakyat pada 17 Oktober 2015. Adik Iman Izzatti menewaskan ratusan peserta lain yang datang dari seluruh negeri Terengganu. Tahniah juga kepada GPK Ko-kurikulum kami, Encik Mohd Afnizam atas usaha dan inisiatif beliau.

Peserta yang lain juga turut menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan. adik Wan Nur Natasha Atiqah mendapat tempat ke-15, manakala, adik Wan Nurezrena Nasuha dan adik Amirudin Ali mendapat tempat ke-21

Di tambah manis lagi, murid SKLT iaitu adik Amiza Nafisa turut menjadi johan dalam acara sampingan iaitu acara mewarna untuk kategori tahap 1. Tahniah diucapkan kepada semua murid yang telah mengharumkan nama sekolah.



Tuesday, 29 September 2015

Murid Menyiapkan Laporan

Keadaan berjerebu menyebabkan tiada aktiviti luar yang dapat dijalankan untuk perjumpaan Kelab dan Persatuan minggu sebelum ini. Untuk itu, pada perjumpaan ko-kurikulum 29 September lepas, murid-murid diajar untuk menulis dan menyiapkan laporan aktiviti kelab dan persatuan mereka. Untuk pengetahuan semua, murid-murid dikehendaki menulis laporan setiap aktiviti/perjumpaan yang diadakan sepanjang tahun oleh mereka sendiri. Guru hanya akan bertindak sebagai guide dan bertanggungjawab mengesahkan laporan yang ditulis oleh murid.

Gambar oleh adik Afiq Aiman, Tahun 2 Husna.







Monday, 14 September 2015

Naib Johan Inovasi Daerah

Mencipta sejarah lagi! Pada 14 September yang lepas, pasukan inovasi SK Lubok Teras yang diketuai dan dibimbing oleh Ustaz Wan Muhd Nur Hisyam berjaya mendapat Naib Johan dalam Pertandingan Inovasi Kelab dan Persatuan Peringkat Daerah Setiu!

Pasukan inovasi SK Lubok Teras telah membawakan ciptaan tong sampah pintar yang dikenali sebagai "My Friendly Musical Dustbin". Pasukan ini telah menewaskan lebih 30 buah sekolah yang lain untuk ke peringkat akhir dan akhirnya berjaya menewaskan 3 lagi peserta peringkat akhir.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus menyiapkan projek inovasi ini serta bekerjsama dalam menyiapkan murid-murid menghadapi pertandingan ini. Semoga kemenangan ini menjadi inspirasi kepada murid-murid untuk menjadi lebih kreatif dan berani mereka cipta sesuatu yang baru.


Wednesday, 9 September 2015

Hari Pertama UPSR 2015

Gambar-gambar sekitar hari pertama UPSR pada hari ini. Alhamdulillah, tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku dan semuanya berjalan dengan lancar. Terima kasih semua atas doa dan sokongan terutama ibu-bapa, para guru dan staff, murid-murid serta rakan-rakan FB yang tidak putus-putus mengutuskan doa serta kata-kata semangat. Terima kasih kami ucapkan.

CERIA Sufian Hafizat kelihatan ceria pada pagi ini sebelum memulakan peperiksaan dengan kertas Bahasa Melayu Kefahaman

Encik Izaman, ayah kepada Nurizzati, membaca kad-kad ucapan yang diberikan oleh murid-murid, khas untuk calon-calon UPSR SK Lubok Teras.

MUAFAKAT - Kaum ibu murid-murid tahun 6 bergotong-royong menyediakan makanan tengah hari buat anak-anak mereka.

PESANAN AKHIR Encik Nasir, selaku Penyelaras UPSR pada tahun ini yang juga merangkap Guru Bahasa Melayu, memberikan amanat dan pesanan terakhir kepada calon-calon SKLT sebelum memasuki dewan peperiksaan 

TAWAKKAL Puan Suzana, ibu kepada Alia Nabila mengaminkan bacaan doa untuk anaknya sebelum bermulanya kertas peperiksaan pertama.

SOKONGAN PADU Murid-murid SKLT yang lain juga tidak ketinggalan untuk memberikan sokongan padu kepada abang-abang dan kakak-kakak senior mereka yang akan memasuki dewan peperiksaan.

Tuesday, 1 September 2015

Program Rehat Minda 2015

Program Rehat Minda pada tahun ini membawa calon-calon UPSR kami melawat sekitar daerah Kuala Nerus. Ini termasuklah lawatan ke kolej vokasional rintis di Malaysia, iaitu Kolej Vokasional Wakaf Tembesu dan juga ke salah sebuah SBP terbaik di Malaysia, iaitu Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA). Mereka juga dibawa melawat ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud dan Pantai Teluk Ketapang.

Terima kasih kami ucapkan kepada penaja program iaitu pasangan Sir Anaqi Amran dan Mdm Izzah Farhani, Ustaz Wan Shamsukardi Wan Aziz serta Puan Norazlina Zakaria.

Terima kasih juga kepada Pengarah, pengurusan dan pelajar Kolej Vokasional Wakaf Tembesu, Pengetua, pungurusan, Unit Bimbingan dan Kaunseling serta Pembimbing Rakan Sebaya Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud atas layanan dan motivasi yang diberikan kepada murid-murid kami.










Untuk gambar selanjutnya, klik SINI.

Saturday, 15 August 2015

Program Pendidikan Luar Calon UPSR

Kami sedar akan tekanan yang dihadapi oleh anak-anak kami yang bakal menduduki UPSR. Kami juga sedar mereka boleh tertekan dengan keadaan yang meletakkan ekspetasi yang tinggi terhadap mereka. 

Oleh itu, Kem 40 Hari UPSR kami tidak hanya bertumpukan kepada pembelajaran dalam kelas, tetapi tutut mengandungi program pendidikan luar. Kami juga membawa murid-murid ini ke luar, merasai pengalaman belajar di dalam suasana yang berbeza, pada masa yang sama bersiar-siar mengambil angin, menenangkan fikiran dan melapangkan minda.

Gambar di bawah merupakan salah satu aktiviti yang berjalan pada hujung minggu lepas. Terima kasih juga kepada SISC+ Bahasa Inggeris PPD Setiu, Cik Nurhanis atas kesudian melawat anak-anak ini ketika program luar.





Saturday, 8 August 2015

Program Raya Ilmu

Salah satu aktiviti kami untuk Kem 40 Hari UPSR yang mungkin sedikit berbeza dengan yang lain adalah Program Raya Ilmu, iaitu melawat dan beraya ke rumah guru-guru. Program ini bukan sahaja diadakan untuk mengeratkan silaturrahim anatara guru dan murid, tetapi juga untuk memberi peluang kepada murid bertanyakan apa-apa soalan berkaitan pelajaran dalam suasana yang santai dan tanpa tekanan. Alhamdulillah, seperti mana yang dapat dilihat dalam gambar ini, murid-murid kami menggunakan sepenuhnya peluang yang ada.



Tuesday, 14 July 2015

Kelab Murid Memasak Juadah Berbuka


Buat pertama kalinya, pada 14 Julai yang lepas, murid-murid melalui Kelab Murid diberi peluang untuk menyediakan hidangan mereka sendiri pada majlis berbuka puasa kali ini. Melalui aktiviti ini, murid dapat belajar secara langsung proses yang terlibat dalam menyediakan hidangan dalam kuantiti yang banyak. Malah, aktiviti ini juga berjaya memupuk semangat bergotong-royong yang kian hilang dalam masyarakat ini. Pada kali ini, Kelab Murid telah berjaya menghasilkan 2 hidangan, iaitu Sup Ayam dan Udang Masak Petai.

Terima kasih kepada penaja hidangan Kelab Murid kali ini, Ustazah Norahan dan Puan Azizah Ali. Semoga murid SKLT terus progressif melalui aktiviti-aktiviti sebegini.