Kejohanan Olahraga dan Sukan Tahunan SK Lubok Teras (SUKTER) akan sampai ke kemuncaknya pada hari esok. Oleh itu, malam ini, SK Lubok Teras meriah dengan para ibu bapa dan warga kampung yang bersemangat menghias khemah rumah sukan anak masing-masing. Tradisi turun temurun ini merupakan salah satu tradisi yang paling besar di SK Lubok Teras. Saban tahun, kami memberi peluang kepada ibu bapa sendiri untuk menghias khemah rumah sukan anak-anak mereka dengan para guru hanya bertindak sebagai pemerhati. Tradisi ini telah berjaya menyatukan dua buah kampung iaitu Kg Bukit Aman dan Kg Bukit Lawang. Malahan, ianya telah mengeratkan lagi hubungan para guru dengan penduduk kampung di sini.
0 comments:
Post a Comment