We Believe in Children's Potential

Here in SK Lubok Teras, we try our best to highlight every student's potential and give them the best education that suits their interest.

Every Child Matters

Polisi di SK Lubok Teras ialah tiada murid yang akan diasihkan kerana potensi akademik mereka. Kami akan berusaha untuk menyediakan pendidikan yang dapat membantu murid belajar dengan cara yang terbaik.

Fokus Pada Kemahiran Diri

Kami tidak hanya berfokuskan kepada akademik, sistem pendidikan kami juga memberi penekanan kepada kemahiran diri murid yang membolehkan mereka menjadi ahli masyarakat berguna pada masa hadapan.

Hubungan Baik Guru dan Ibu-Bapa

Hubungan rapat antara ibu-bapa dan guru merupakan antara kunci kejayaan kami. Guru-guru kami sentiasa berjumpa dengan ibu-bapa untuk memberi maklum balas mengenai prestasi anak-anak mereka.

Sentiasa Bersedia Membantu Murid

Guru-guru kami sentiasa bersedia membantu murid-murid walaupun di luar waktu persekolahan.

Friday, 23 June 2017

MAJLIS KHATAM QURAN & BERSALAMAN



Pada hari akhir persekolahan, 22 Jun 2017, sebelum cuti Aidilfitri, kami telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran serta sesi bersalaman dengan semua warga SK Lubok Teras. Majlis Khatam Al-Quran menyaksikan seramai 25 murid SKLT menerima penghargaan atas usaha mereka membaca Al-Quran sepanjang Ramadhan. Majlis turut diserikan dengan bacaan AL-Quran oleh murid-murid tahap 2 bersama dengan guru-guru SK Lubok Teras.

Majlis seterusnya disambung pula dengan ucapan dan amanat terakhir daripada Tuan Guru Besar, Encik Mohd Jamka bin Harun sempena dengan Aidilfitri.

Sebelum mula bersalaman, Ustaz Wan Muhd Nur Hisyam dan Encik Hafiz Abdullah memberikan pula sedikit taklimat dan penerangan ringkas mengenai amalan-amalan ketika berhari raya.














Thursday, 22 June 2017

LUBOK TERAS JUNIOR CHEF



Sempena dengan Mega Iftar Kelab Murid 2017, kami turut mengadakan Program Masakan "Lubok Teras Junior Chef" pada sebelah petangnya. Program masakan ini mengkehendaki setiap kelas tahap 2 untuk memasak sendiri sejenis masakan yang akan dimakan bersama-sama ketika iftar nanti.

Progam ini juga mengintegrasikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar, di mana murid-murid dikehendaki merakam proses masakan mereka dalam Bahasa Inggeris.












TAKLIMAT HOMEWORK RAYA TAHUN 6

Satu taklimat khas kepada murid-murid Tahun 6 telah dijalankan pada hari akhir persekolahan sebelum Cuti Aidilfitri. Taklimat yang dikendalikan oleh guru-guru UPSR ini memberikan maklumat terperinci mengenai jadual belajar murid sepanjang cuti persekolahan sempena Aidilfitri. Taklimat diadakan pada jam 10 pagi bertempat di bilik mesyuarat. 








Tuesday, 20 June 2017

Homework Class Ramadhan 2017

Program Homework Class Ramadhan diteruskan lagi pada tahun ini dengan tempat ditukar ke Surau Bukit Lawang pula. Penukaran tempat dari Masjid Bukit Aman ini dibuat bagi memastikan semua murid berpeluang untuk menghadiri Homework Class Ramadhan ini.

Seperti biasa, homework class akan bermula selepas solat terawih sehingga ke jam 10:30 malam. Homework class kali ini tidak hanya tertumpu kepada memberi peluang murid menyiapkan kerja sekolah, tetapi turut diadakan kelas Bahasa Inggeris khas untuk murid yang lemah.

Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada AJK Surau Bukit Lawang, YDP PIBG dan AJK PIBG atas bantuan yang diberikan sepanjang program ini berjalan. Mereka juga telah mengambil inisiatif dengan memasang lampu tambahan bagi kegunaan murid-murid untuk belajar.

Semoga program ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan.








Sunday, 18 June 2017

SINGGAH BAZAR YEAR 3



Program Bahasa Inggeris Ramadhan kali ini diteruskan lagi dengan Singgah Bazar Ramadhan with Year 3. Program Singgah Bazar merupakan program 2 dalam 1 dimana salah satu tujuannya adalah untuk memberi peluang kepada murid pedalaman merasai suasana bazar Ramadhan. Tujuan kedua pula adalah untuk memberi pendedahan pengalaman menjual beli menggunakan Bahasa Inggeris kepada murid.

Sepanjang program ini berjalan, murid dikehendaki menggunakan Bahasa Inggeris apabila menjual beli dengan penjual di Bazar Ramadhan. Mereka juga diberikan bajet tertentu dan perlu berbelanja mengikut bajet mereka. Sebelum pulang, mereka akan memberitahu apa yang mereka beli, jumlah dan baki wang mereka kepada satu sama lain juga menggunakan Bahasa Inggeris. 

Semoga program seperti ini akan dapat dijalankan lagi pada tahun-tahun hadapan. Terima kasih kepada para ibu bapa yang memberikan kami kepercayaan untuk membawa anak-anak ini keluar bersama guru.