Saturday, 17 June 2017

PROGRAM IFTAR DI LUAR MURID TAHUN 5

Seharian bersama murid-murid Tahun 5, membawa mereka ke panggung wayang menonton filem berbahasa Inggeris, ke SMO membeli buku-buku latihan, dan ke McDonalds untuk berbuka puasa. Ini merupakan program tahunan kami dimana kami bawa murid-murid keluar seharian bersama dengan guru Bahasa Inggeris mereka, kemudian mereka akan merekodkan pengalaman mereka dalam buku skrap yang akan dibuat di dalam kelas. Buku skrap tersebut akan mengandungi gambar dan aktiviti mereka sepanjang diluar, serta penerangan ringkas dalam Bahasa Inggeris.

Program kali ini turut ditambah dengan aktiviti membeli pakaian raya untuk rakan mereka yang kurang berkemampuan. Bersama-sama, mereka memilih dan membayar sendiri pakaian raya untuk rakan mereka itu. Kami juga turut membawa mereka ke Mr DIY untuk membeli peralatan kelas, dan sebelum pulang, murid-murid ini sekali lagi dibawa ke McDonalds untuk menikmati McFlurry Oreo dan juga untuk mencatatkan segala perkataan baru yang mereka pelajari sepanjang keluar bersama.
















0 comments:

Post a Comment