Komuniti SK Lubok Teras yang hadir |
Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud semalam menyaksikan sekali lagi betapa kami adalah sebuah sekolah kecil yang berjiwa besar. 100% murid kami yang menyertai larian berjaya menamatkan larian dalam masa yang ditetapkan dan seterusnya berjaya mendapat medal dari pihak penganjur. Lebih membanggakan lagi, lima atlet kami berada dalam kelompok 100 terbaik dan ini merupakan julung-julung kali kami mencapai ke tahap ini. Bergema pentas utama Pantai Batu Burok dengan sorakan padu murid-murid kami.
Seawal jam 5 pagi lagi murid-murid kami beserta guru-guru dan ibu bapa berkumpul di Pantai Baru Burok. Sokongan para ibu bapa yang hadir tentunya menaikkan lagi semangat anak-anak SKLT untuk melakar kejayaan. Acara 5KM Primary School dilepaskan tepat pada jam 7 pagi oleh YAB Menteri Besar Terengganu.
Kami pada mulanya agak gusar kerana bilangan peserta yang amat ramai, iaitu mencecah 50,000 orang!. Kami takut sekiranya murid-murid kami tidak dapat bersaing dengan peserta yang datang dari seluruh negara untuk bertanding. Namun, kegusaran kami itu ternyata sia-sia kerana murid-murid hebat ini berjaya melakar kejayaan dan memecahkan rekod tahun lepas.
Berikut adalah nama murid-murid kami yang berjaya mendapat tempat dalam kelompok 100 terbaik:
1. INTAN SHAFIKA BINTI ABDULLAH - TEMPAT KE 42/576
2. AMIRUDIN BIN ALI - TEMPAT KE 42/813
3. NUR SYAMIMIE MUNIRAH BT IDHAM HALIMI - TEMPAT KE 60/576
4. NUR IMAN IZZATTI ASYIQIN BINTI ASPAWI - TEMPAT KE 72/57
5. WAN NUR NATASHA ATIQAH BT WAN RAMLI - TEMPAT KE 74/576
5. WAN NUR NATASHA ATIQAH BT WAN RAMLI - TEMPAT KE 74/576
Pencapaian ini merupakan pencapaian terbaik kami setakat ini. Malahan, pada tahun lepas, tiada langsung murid kami yang berjaya menempatkan diri di kelompok 100. Kedudukan terbaik pada tahun 2015 adalah pada 184. Murid-murid di atas telah menerima RM100 sebagai hadiah beserta dengan sijil dan pingat,
Tidak cukup dengan itu, murid-murid lain juga berjaya menamatkan larian dalam masa satu jam seterusnya berjaya mendapatkan finisher's medal. Berikut adalah senarai murid kami yang berjaya mendapat finisher's medal.
|
Manakala peserta ke 24, adik ALLY ISKANDAR FAKRULLOH berjaya menamatkan larian sepanjang 12KM selepas masalah teknikal dalam masa 1 jam 40 minit.
Yang ini pula adalah senarai murid-murid kami dari Tahun 1 yang telah berjaya menamatkan larian sepanjang 3KM
25. ADIEZUL ASYRAF BIN SUHAIDI
|
26. ALEESYA DAMIA BINTI ABU BAKAR
|
27. MUHAMMAD BILAL HARIS BIN ABDUL RAHMAN
|
TAHNIAH diucapkan kepada semua pihak, terutamanya GPK KO SKLT, Encik Afnizam yang bersusah payah mendaftar setiap peserta dan memastikan kelancaran program pada hari ini.
TAHNIAH kepada ibu bapa penjaga atas sokongan kuat terus menerus kepada kami dalam usaha membentuk generasi terhebat. Sanggup bangun awal-awal pagi demi anak-anak kita. Dan hari ini kita telah buktikan, SKLT tidak lagi boleh dipandang remeh, dipandang rendah, dipandang enteng!
TERIMA KASIH kepada semua penyumbang Kelab Murid Lubok Teras, seperti mana yang diketahui, program pembangunan atlet kami ditaja sepenuhnya oleh Kelab Murid SK Lubok Teras.
Saksikan rakaman Larian Jambatan Sultan Mahmud oleh Ustaz Wan Muhd Nur Hisyam di bawah!
0 comments:
Post a Comment