Monday, 2 November 2015

Kursus Kenaikan Pangkat Koperal Daerah Setiu

Pada 28 – 30 Oktober 2015 yang lepas, SK Lubok Teras telah menyertai Kursus Kenaikan Pangkat Tunas Kadet Remja Sekolah peringkat daerah Setiu di Kem Merbau Menyusut. Kursus ini diadakan bagi memberi peluang kepada ahli kadet naik pangkat ke Lans Koperal dam Koperal.

Pelbagai aktiviti dan ujian telah dijalankan sepanjang aktiviti. 10 orang kadet telah dihantar, namun hanya 9 yang berjaya menamatkan kursus kerana kadet Aini Najwa terpaksa pulang disebabkan masalah kesihatan. Kadet-kadet SK Lubok teras bermula dengan cemerlang apabila menawarkan diri secara sukarela tanpa dipaksa bagi menjadi calon penghulu dan penghuluwati. Kadet Ahmad Iskandar dan Nurul Asyirah telah berjaya dilantik sebagai penghulu dan penghuluwati pada mulanya melalui undian ramai. Namun, atas sebab-sebab tertentu, pihak urusetia telah menukarr kadet Asyirah kepada kadet dari sekolah lain.
Kadet kami terus cemerlang dengan dari 9 orang, 4 menjadi ketua platun masing-masing manakala, 4 lagi dipilih sebagai penolong dalm platun. Kadet-kadet kami juga menunjukkan kemahiran-kemahiran yang tinggi apabila terus-menerus cemerlang dalam setiap aktiviti yang diadakan. Malahan, kadet-kadet kita sentiasa membantu kadet-kadet dari sekolah lain terutamanya dalam kawad dan ikatan. Malahan, penghuluwati yang dipilih oleh pihak urusetia juga terpaksa diajar oleh kadet-kadet SK Lubok Teras disebabkan beliau kekurangan ilmu dan kemahiran.

Kecemerlangan kadet-kadet SK Lubok Teras mendapat perhatian ramai. Natijahnya, dari 9 kadet, 7 kadet kami berjaya disenarai ke saringan akhir untuk kenaikan pangkat Koperal. Kadet Lelaki yang dipilih telah diuji sendiri oleh jurulatih kawad KRS Setiu, Leftenan Razali Ismail manakala, kadet perempuan kita diuji oleh pegawai tertinggi KRS Setiu, Mejar Army Saffuan.

Dengan izin Allah, 7 Kadet SK Lubok Teras telah berjaya dinaikkan pangkat ke Koperal pada hari akhir perkhemahan. Walaupun terpaksa melalui beberapa ujian gentir seperti rebut pada malam pertama dan tidur dalam hujan lebat pada malam kedua, ianya tidak mematahkan semangat kadet-kadet kami untuk menunjukkan disiplin serta kemahiran yang tinggi dalam TKRS. Malahan, SK lubok Teras juga telah dipuji sebagai sekolah dengan bilangan Koperal teramai di daerah setiu. Ini merupakan kajayaan yang besar memandangkan kita adalah sebuah sekolah yang kecil dan mampu menandingi sekolah-sekolah besar yang mempunyai ahlli TKRS yang lebih ramai.

Setinggi-tinggi ucapan tahniah juga diucapkan kepada tiga ahli kadet tahun 6, iaitu Sarjan Nur Izzati, Koperal Nur Sahira dan Lans Koperal Alia Nabila atas sumbangan dan bakti mereka bertugas sebagai jurugambar rasmi kursus kenaikan pangkat kali ini. Komitmen mereka telah mendapat pujian ramai, malahan diiktiraf sebagai urusetia termuda di dalam sejarah perkhemahan TKRS daerah Setiu.

Sebelum saya menutup ucapan saya, ingin saya bacakan nama-nama kadet yang telah berjaya dinaikkan pangkat semasa kursus ini. Mereka adalah:


Koperal TKRS Ahmad Iskandar Zulkarnain
Koperal TKRS Muhammad Lutfillah
Koperal TKRS Sharifah Shaqirah Nadyrah
Koperal TKRS Nurul Asyirah
Koperal TKRS Siti Nuruldiana Alya
Koperal TKRS Aina Adyriana
Koperal TKRS Nur Aisyah Sofia
Lans Koperal TKRS Wan Nur Ezrena Nasuha
Lans Koperal TKRS Muhammad Afiq Asyraf


Semoga kejayaan dan kecemerlangan ini dapat diteruskan lagi pada masa-masa hadapan. Sekian, salam maju jaya dari saya, Lans Koperal TKRS Aina Nabila, setiausaha, Tunas Kadet Remaja Sekolah, tahun 2015.










0 comments:

Post a Comment