Friday, 13 November 2015

KEMBARA SEJARAH PASCA UPSR 2015








Pada 10 hingga 12 November yang lepas, murid-murid Tahun 6 telah berpeluang untuk menyertai Kembara Sejarah anjuran unit Sejarah dan unit Bahasa Inggeris Sekolah Kebangsaan Lubok Teras. Kembara selama 3 hari 2 malam ini bertujuan meningkatkan lagi kefahaman kami mengenai sejarah dan temapat-tempat bersejarah di Negeri Terengganu.

Kembara kami dimulakan dengan lawatan ke Muzium Negeri Terengganu. Berdasarkan maklumat yang diperolehi, muzium ini merupakan muzium terbesar di Negeri Terengganu. Kami mengambil masa kira-kira 2 jam untuk menghabiskan lawatan sekitar muzium, itu pun belum semua tempat yang sempat kami lawati.

Kami juga dibawa ke Kampung Cina, untuk melihat sendiri kawasan yang telah menjadi penempatan asal kaum Cina di Negeri Terengganu ini. Apa yang uniknya, kami dapati kaum Cina lama di sini menggunakan bahasa Melayu dengan loghat Terengganu sebagai bahasa perbualan mereka. Berdasarkan maklumat yang diperolehi juga, kami dapati kaum Cina di sini mengamalkan adat dan budaya Terengganu.

Tempat-tempat lain yang kami lawati termasuklah Bukit Puteri, di mana kami melihat tinggalan kubu pertahanan tentera Istana Negeri Terengganu suatu ketika dahulu. Yang paling menarik di sini adalah 2 buah meriam, satu besar dan satu kecil, yang dinamakan meriam beranak. Kami juga sempat melawat Bukit Keledang untuk melihat sendiri makam Sultan Pertama di Negeri Terengganu, Sultan Zainal Abidin 1.

Di samping itu juga, kami dibawa menaiki kayak di Lagoon Kuala Ibai. DI sini, kami belajar bagaimana orang-orang pada zaman dahulu menggunakan pengangkutan air sebagai pengangkutan utama mereka. Hasil kajian kami juga menunjukkan Terengganu merupakan sebuah negeri yang sangat terkenal dengan pelabuhan dan pelayar-pelayarnya suatu ketika dahulu.

Tempat terakhir yang kami kunjungi ialah Pura Tanjung Sabtu. Pura tanjung sabtu menempatkan istana-istana lama pada zaman dahulu. Dukacitanya, kami tidak dapat masuk kerana tempat itu telah pun ditutup.

Natijahnya, saya dapat simpulkan dari Kembara Sejarah ini bahawa masih banyak tinggalan dan tempat bersejarah di negeri Terengganu yang belum dikaji dan dipelihara dengan baik. Malahan, dari perbincangan kami juga, kami dapati masih banyak misteri Negeri Terengganu yang belum dapat diselesaikan. Kami harap suatu hari nanti kami dapat membantu dalam mengkaji sejarah negeri Terengganu.

AINA NABILA BT AZNAN—KETUA PROGRAM

 




















0 comments:

Post a Comment