We Believe in Children's Potential
Here in SK Lubok Teras, we try our best to highlight every student's potential and give them the best education that suits their interest.
Every Child Matters
Polisi di SK Lubok Teras ialah tiada murid yang akan diasihkan kerana potensi akademik mereka. Kami akan berusaha untuk menyediakan pendidikan yang dapat membantu murid belajar dengan cara yang terbaik.
Fokus Pada Kemahiran Diri
Kami tidak hanya berfokuskan kepada akademik, sistem pendidikan kami juga memberi penekanan kepada kemahiran diri murid yang membolehkan mereka menjadi ahli masyarakat berguna pada masa hadapan.
Hubungan Baik Guru dan Ibu-Bapa
Hubungan rapat antara ibu-bapa dan guru merupakan antara kunci kejayaan kami. Guru-guru kami sentiasa berjumpa dengan ibu-bapa untuk memberi maklum balas mengenai prestasi anak-anak mereka.
Sentiasa Bersedia Membantu Murid
Guru-guru kami sentiasa bersedia membantu murid-murid walaupun di luar waktu persekolahan.
Monday, 2 March 2015
Perkhemahan Badan Beruniform Peringkat Negeri Terengganu
Saturday, 28 February 2015
PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM DAN TKRS PERINGKAT NEGERI TERENGGANU
Buat julung-julung kalinya, 2 orang kadet TKRS SK Lubok Teras telah dipilih untuk mewakili Daerah Setiu dalam Perkhemahan Badan-Badan Beruniform dan TKRS Peringkat Negeri Terengganu. Mereka yang dipilih ialah Lans Koperal TKRS Nurizzati binti Izaman dan Lans Koperal TKRS Nur Sahira bt Mohd Ramlan. Kedua-dua mereka telah dipilih berdasarkan pencapaian cemerlang yang ditunjukkan ketika perkhemahan peringkat daerah Setiu.
Program ini dimulakan dengan latihan pusat selama 2 hari 1 malam bertempat di SK Bintang, Setiu. Latihan pusat ini bertujuan melatih kadet-kadet yang terpilih mewakili daerah dalam aktiviti yang akan dipertandingkan ketika perkhemahan ini. Lans Koperal TKRS Nur Sahira telah dipilih sebagai Ketua Kontinjen Perempuan bagi Daerah Setiu. Beliau dipilih berdasarkan kemampuan beliau dalam berkawad serta memberi arahan kawad.
Perkhemahan kali ini diadakan selama 4 hari 3 malam di Kem Merbau Menyusut. Sebanyak 8 buah daerah telah menyertai perkhemahan kali ini. Antaranya ialah masakan rimba, lari berhalangan, ikatan, kraf, pandu arah, bantu mula serta persembahan. Lans Koperal Nur Sahira telah dipilih menjadi wakil daerah untuk pertandingan lari berhalangan, manakala Lans Koperal Nur Izzati pula dipilih untuk mewakili kontinjen setiu dalam pertandingan ikatan. Lans Koperal Nur Sahira telah mendapat tempat ketiga dari lapan tempat seluruh negeri. Lans Koperal Izzati pula telah mendapat johan antara semua daerah seluruh negeri Terengganu dalam pertandingan ikatan. Pelbagai pahit manis sepanjang perkhemahan telah mereka lalui. Walaupun berhadapan dengan cabaran serta persaingan yang sengit, Lans Koperal Izzati dan Lans Koperal Sahira telah membuktikan bahawa mereka juga mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan murid-murid lain. Saiz badan tidak menjadi penghalang buat mereka. Ini dibuktikan lagi dengan kedua-dua mereka diberi penghormatan dalam barisan Kawad Kawalan Kehormat semasa perasmian penutup. Hanya 36 kadet terbaik dipilih daripada sejumlah 260 kadet yang mengambil bahagian dalam Kawalan Kehormat.
Kontinjen Setiu juga telah cemerlang dengan terus memenangi beberapa acara lain, antaranya ialah tempat kedua dalam persembahan, johan masakan rimba, johan bantu mula serta johan kraf perkhemahan. Ini membolehkan kontinjen Setiu dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan Perkhemahan Badan Beruniform Peringkat Negeri Terengganu.
Secara keseluruhannya, perkhemahan kali ini telah berjaya melonjakkan nama SK Lubok Teras di peringkat daerah dan negeri. Komitmen dan kesungguhan yang dipaparkan oleh dua kadet ini boleh dijadikan contoh kepada murid-murid lain untuk terus menggapai kejayaan dalam apa jua bidang.
Tuesday, 10 February 2015
PROG IKHTIAR HIDUP: MASAKAN RIMBA DAN “WATER CONFIDENT”
Sunday, 8 February 2015
Perkhemahan TKRS dan PBB Daerah Setiu
Friday, 30 January 2015
Murid dan Fotografi
Ini kerana yang mengambil gambar bukan lah para guru, tetapi anak-anak kita sendiri. Di sini, kami memberi peluang kepada murid-murid untuk mengambil gambar menggunakan kamera DSLR dan Mirrorless. Dengan ini murid dapat belajar serta bereksperimen serba-sedikit mengenai fotografi dan merasai sendiri pengalaman mengambil gambar, dengan tunjuk ajar oleh guru-guru seperti Ustaz Hisyam. Kami yakin belajar melalui pengalaman adalah kaedah yang terbaik untuk anak-anak ini.
Ya, kamera yang digunakan adalah kamera guru-guru, berharga ribuan ringgit, dan berisiko tinggi apabila diberi kepada murid. Tetapi demi ilmu dan pelajaran, kami sanggup smile emoticon
Mungkin suatu hari nanti akan ada anak-anak SKLT menjadi seorang jurugambar professional seperti Saiful Nang, insha-Allah.
Gambar di bawah ini diambil oleh adik Intan Shafika, murid tahun 3.
Wednesday, 28 January 2015
Kelainan di Perpustakaan SKLT
Kesannya, pada tahun ini, sambutan terhadap buku-buku baru di perpustakaan sangat menggalakkan. Walaupun ketika ini perpustakaan belum dapat dibuka sepenuhnya, ramai murid yang datang meminta untuk meminjam buku.
Perpustakaan SKLT tidak besar, tetapi mempunyai buku yang mencukupi untuk semua murid. Namun, masih banyak yang perlu ditambah baikkan. Kekurangan dana menyebabkan beberapa alatan serta kelengkapan seperti rak majalah, langganan akhbar dan majalah, tidak dapat dibuat.
Oleh itu, kepada mereka yang ingin memberikan sumbangan dalam apa jua bentuk untuk melengkapkan lagi perpustakaan SKLT, amatlah dialu-alukan. Anda juga boleh datang ke sekolah dan melihat sendiri perpustakaan SKLT. Diharapkan dengan sumbangan anda, kita dapat melahirkan murid yang gemar membaca dan mencintai ilmu di SK Lubok Teras. inshaAllah.
Friday, 16 January 2015
Penyampaian Bantuan Persekolahan dan KWAPM
Saturday, 25 October 2014
Perkhemahan Tahunan Tunas Kadet Remaja Sekolah 2013
- Semua pelajar yang terlibat dengan aktiviti perkhemahan berkumpul di dataran perhimpunan sekolah bagi mendengar taklimat ringkas sebelum dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil.
- Taklimat itu telah diberi oleh Kem Komanden iaitu Encik Mohd Firdaus b Bakar dibantu oleh penyelaras unit beruniform, En Muhammad Hafiz bin Abdullah. Pelajar telah diberikan kumpulan kecil dan khemah satu bagi setiap kumpulan.
- Pelajar kemudianya diberi taklimat cara-cara memasang khemah oleh En Marzuky b Mohd, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
- Pelajar memasang khemah yang diberi dalam kumpulan masing-masing dengan dibantu oleh guru-guru penasihat
- Pelajar bergerak ke padang untuk membina tapak perkhemahan menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti rotan dan kayu.
- Guru penasihat membantu pelajar membina dan membersihkan tapak kawasan perkhemahan.
- Pelajar meletakkan khemah yang telah siap dipasang di kawasan perkhemahan masing-masing.
- Latihan kawad dimulakan dengan taklimat ringkas oleh En Mohd Firdaus b Bakar.
- Latihan yang dijalankan termasuklah asas pergerakkan serta berjalan.
- Pelajar kemudian diberikan masa untuk berlatih dalam kumpulan kecil dengan dibantu oleh guru-guru penasihat.
- Pada akhir sesi, pelajar dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
- Latihan kawad diteruskan lagi dengan penakanan lebih diberikan kepada kawad berjalan.
- Pelajar menghadapi banyak masalah dalam mencapai irama kawad yang kemas dan sempurna, dan ini memaksa kepada latihan dalam kumpulan kecil.
- Kerjasama yang sangat baik diberikan oleh semua guru dengan setiap kumpulan dilatih secara one-on-one oleh guru-guru yang bertugas.
- Majoriti kumpulan perempuan dapat menguasai kawad dengan lebih baik berbanding kumpulan pelajar lelaki.
- Pada aktiviti kali ini, pelajar diberikan tugasan untuk menyediakan tiga jenis masakan terdiri daripada dua lauk dan satu nasi.
- Aktiviti ini dikendalikan oleh Puan Norahan binti Bidin serta dibantu oleh semua guru yang bertugas.
- Pelajar dapat menyiapkan tugasan yang diberikan tanpa ada sebarang kejadian yang tidak diingini.
- Keseluruhanya, tahap disiplin dan kerjasama antara pelajar telah banyak meningkat seterusnya menyumbang kepada kejayaan aktiviti ini.
- Pelajar menyediakan hidangan berikut untuk empat orang: Nasi putih, Ikan Sardin, Telur Dadar dan Air Teh.
- Untuk aktiviti ini, setiap kumpulan diberikan kuantiti tertentu plastik ais-krim dan mereka perlu mengisi plastik-plastik ini dengan air.
- Aktiviti ini dijalankan dengan format pertandingan one-on-one iaitu dua kumpulan akan bersaing bagi merebut bendera untuk dipacak ke tempat yang telah ditentukan.
- Plastik ais-krim pula dijadikan senjata untuk mengeluarkan pihak lawan dari permainan.
- Secara keseluruhanya, pelajar dapat memahami peraturan pertandingan dengan baik.
- Kelemahan yang dapat dikesan ialah pelajar tidak berupaya untuk menyusun strategi yang baik untuk menang.
- Aktiviti ini baik untuk melatih pelajar berfikir jauh dan membuat perancangan yang baik di masa hadapan.
- Setiap kumpulan diberikan tugasan untuk menyediakan sebuah persembahan mengikut tema/kategori yang telah ditetapkan.
- Persembahan yang ada untuk malam tersebut adalah tarian, dikir barat, nyanyian dan sketsa.
- Keseluruhan persembahan memuaskan dengan pujian wajar diberi kepada persembahan tarian dan sketsa.
- Pelajar kemudianya dijamu dengan nasi goreng dan ayam bakar sebagai minum malam.
- Seperti biasa, para peserta dikejutkan pada jam 6.00 pagi dengan membunyikan siren untuk menguruskan diri dan bersiap sedi untuk solat Subuh secara berjemaah dan sesi tazkirah pagi yang akan disampaikan oleh guru yang bertugas, En Wan Shamsukardi dan En Mohd Firdaus b Bakar.
- Selesai sahaja tazkirah pagi, para peserta melakukan senaman ringan sebelum memakan sarapan pagi yang telah disediakan.
- Upacara perasmian penutup dan acara penyampaian hadiah bagi kumpulan yang terbaik dan lain-lain dijalankan pada jam 2.00 petang.
- Kumpulan yang memenangi sebagai kumpulan terbaik adalah kumpulan 6. Hadiah disampaikan oleh Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru, En Wan Ramli.
- Selepas tamat upacara penyampaian hadiah, peserta diberi taklimat akhir sebelum mengemas khemah. Taklimat diberikan oleh Kem Komandan.
- Semua peserta dikehendaki melakukan gotong-royong membersihkan kawasan perkhemahan mengikut zon yang telah ditetapkan.
Tuesday, 12 August 2014
MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA 2014
![]() |
| Tuan KPPD Setiu sempat bergambar dengan barisan pentadbir dan AJK PIBG |
![]() |
| Murid-murid SK Lubok Teras dan guru-guru |
Wednesday, 31 October 2012
PERKHEMAHAN TAHUNAN 2012



















































