TOKOH MURID

TOKOH KEPIMPINAN 2015
AINA NABILA BT AZNAN
CLASS OF 2015



Tangisan anak sulung kepada pasangan En Aznan dan Puan Nazilawati ini kedengaran pada tanggal 19 Jun 2003, jam 10:15 malam di Hospital Hulu Terengganu. Seorang yang agak pendiam pada mulanya, beliau berjaya membuktikan bahawa golongan perempuan juga boleh menjadi pemimpin berjaya. Semenjak dari tahun 3 lagi, beliau menunjukkan sifat mengambil berat yang sangat tinggi terhadap kawan-kawan beliau. 


Tahun ini, anak ini membesar menjadi seorang pemimpin pelajar yang disegani dan dihormati ramai. Sebagai Pengerusi Persatuan Bahasa Inggeris, beliau telab berjaya membawa pasukan beliau memenangi tempat ketiga pertandingan Smart English, naib johan Action Song serta naib johan Public Speaking. Beliau juga adalah ketua projek inovasi Kelab dan Persatuan dan telah berjaya mencipta sejarah apabila mendapat Naib Johan dalam pertandingan di peringkat daerah. Beliau juga banyak mewakili sekolah dalam pertandingan sukan seperti Bola Baling dan Bola Jaring di peringkat zon dan daerah. Beliau menjadi peserta pertama di SKLT yang berjaya mendapat Naib Johan Pertandingan Sahibba sempena Karnival Ko-Akademik Bahasa Melayu Zon Setiu Timur. 

Bakat kepimpinan beliau paling terserlah apabila dipilih sebagai Presiden Pertama Kelab Murid SKLT. Di bawah kepimpinan beliau, Kelab Murid yang baru berusia beberapa bulan ini telah berjaya mengumpul dana yang begitu banyak untuk menjayakan aktivit-aktiviti murid. Kelab Murid juga muncul sebagai kelab yang begitu aktif menjalankan aktiviti-aktiviti keusahawanan di sekolah. Seorang yang amat disenangi oleh guru-guru dan para pelajar SKLT, beliau menjadi “Kak Long” kesayangan semua. Tidak hairanlah kalau setiap pagi kita dapat melihat anak-anak kecil Tahun 1 hingga Tahun 4 datang bersalaman dengan beliau. Berkat usaha, doa dan tawakkal ibu bapa , beliau berjaya mendapat keputusan cemerlang, 5A dalam peperiksaan UPSR. 

Tahniah kami ucapkan kepada Puan Nazilawati binti Chik dan Encik Aznan bin Awang Besar atas kejayaan anak ini.


TOKOH KO-KURIKULUM 2015
SARJAN (TKRS) NURIZZATI BT IZAMAN
CLASS OF 2015



Beliau dilahirkan pada 27 Februari 2003, dan merupakan anak sulung kepada pasangan En Izaman & Pn Nor Narawati. Teriak nangis permata sulung kedua mempelai ini kedengaran pada jam 1.35 petang di Hospital Besar Kuala Terengganu. 


Anak comel ini asalnya begitu kecil jika dibandingkan dengan rakan-rakan seusianya, namun terus membesar menjadi seorang anak yang begitu aktif dalam bidang sukan dan kokurikulum. Beliau kerap kali dipilih mewakili sekolah dalam pelbagai bidang sukan dan badan beruniform. Beliau juga merupakan Kapten Pasukan Bola Jaring dan Bola Baling sekolah yang telah membawa pasukan sekolah mendapat Naib Johan Zon. Ketiadaan beliau dalam pasukan pada tahun hadapan akan menjadi satu kehilangan besar kepada pasukan ini. Selain daripada itu, beliau kerap menjadi wakil dalam acara larian seperti Merentas Desa Daerah, Larian Jambatan Sultan Mahmud, Kuartet 4x4 Sekolah dan lain-lain. Pada awal tahun ini, beliau berjaya membawa pasukan merentas desa perempuan memenangi tempat ketiga keseluruhan Kejohanan Merentas Desa Daerah, mengalahkan 40 sekolah yang lain.

Pada tahun ini, beliau mencipta sejarah apabila menjadi peserta pertama di sekolah dipilih mewakili daerah Setiu dalam badan beruniform. Beliau terus mengharumkan nama sekolah apabila mendapat Johan dalam Perkhemahan Badan Beruniform peringkat Negeri Terengganu dan kemudiannya menempa sejarah apabila dipilih mewakili Negeri Terengganu ke peringkat kebangsaan seterusnya menjadi wakil pertama SK Lubok Teras di peringkat kebangsaan sepanjang 30 tahun penubuhan sekolah. Jasa dan bakti beliau telah melayakkan beliau dipilih sebagi salah seorang penerima Anugerah Ko-Kurikulum Daerah Setiu. 

Sekalung penghargaan dan tahniah kami ucapkan kepada Encik Izaman bin Abdullah dan Puan Nor Narawati binti Mat Hassan atas pencapaian cemerlang anak ini. Terima kasih kerana telah banyak mengharumkan nama sekolah di peringkat zon, daerah, negeri dan kebangsaan.


TOKOH AKADEMIK 2015
SITI NOR ALIA NABILA BT MOHD SUKRI
CLASS OF 2015



Dilahirkan pada 17 Januari 2003 jam 3 pagi di Hospital Kuala Terengganu, anak kecil ini merupakan anak kedua bagi pasangan En Sukri dan Puan Suzana.

Anak kecil ini membesar menjadi seorang pelajar yang begitu hebat dalam bidang akademik. Sering kali mendapat tempat terbaik di dalam kelas, beliau juga beberapa kali mewakili sekolah badang bidang ko-akademik serta sukan. Pemain pasukan bola baling zon ini juga telah mengukir sejarah apabila menjadi peserta pertama SK Lubok Teras mendapat Naib Johan dalam pertandingan Public Speaking. Kejayaan beliau diteruskan lagi apabila berjaya mendapat Naib Johan Pertandingan Inovasi Kelab dan Persatuan pada September lepas.


Anak yang mesra dengan panggilan Angah ini juga seorang yang sangat menonjol dari segi kepimpinan. Tidak hairanlah jika beliau dipilih sebagai Ketua Pengawas Sekolah bagi sesi 2015 dan juga diberi kepercayaan oleh murid-murid untuk memegang beberapa jawatan lain seperti Pengerusi Persatuan Sains dan Setiausaha Kelab Pendidikan Islam. Malahan, beliau telah dipilih oleh murid-murid untuk memegang jawatan Kapten Rumah Bendahara seterusnya menjadi Kapten Rumah pertama dari kalangan perempuan. Kebijaksanaan beliau memimpin Rumah Bendahara melayakkan rumah ini dianugerahkan sebagai Rumah Terbaik 2015. 

Anak ini juga terus konsisten dengan pencapaian akademik beliau apabila berjaya merangkul 5A dalam UPSR 2015.

Tahniah kami ucapkan kepada Puan Suzana bt Zakaria dan Encik Mohd Sukri b Sulaiman atas kejayaan anak hebat ini. Seisi warga sekolah pastinya akan merasai kehilangan beliau pada tahun hadapan. Terima kasih atas segala jasa dan bakti beliau terhadap sekolah.


PENERIMA ANUGERAH-ANUGERAH KHAS TERTINGGI 2016

Sharifah Shaqirah Nadyrah binti Syed Abdul Rahman
Class of 2016
Anugerah Khas Tertinggi Akademik 
Dilahirkan pada 20 Januari 2004 jam 3:58 pagi di hospital besar Kuala Terengganu, anak ini merupakan seorang yang amat hebat dalam bidang akademik. Merupakan antara murid dengan peratusan mendapat tempat pertama paling tertinggi sepanjang persekolahan rendah, anak ini juga menunjukkan bakat kepimpinan yang amat tinggi. Dilantik sebagai Ketua Pengawas Sekolah, beliau juga seorang yang aktif dalam bidang sukan serta kokurikulum. 


Ahmad Iskandar Zulkarnain bin Mohd Samsuzuha
Class of 2016
Pencapaian Terbaik UPSR 2016
Dilahirkan pada 9 Oktober 2004 di Hospital Tengku Ampuan Afzam, waktu tengah hari, anak ini muncul sebagai seorang yang berani dan mempunyai keyakinan yang amat tinggi. Seorang yang agak susah untuk diramal, beliau menunjukkan minat yang amat tinggi dalam bidang akademik. Tidak hairanlah apabila beliau mendapat keputusan yang amat membanggakan dalam peperiksaan UPSR 2016. 

Anis Farisha binti Saidom
Class of 2016
Anugerah Khas Tertinggi Kepimpinan 
Penerima seterusnya adalah seorang murid yang sangat kecil jika dibandingkan dengan rakan-rakan seusia beliau. Namun, kecil jangan disangka lemah, beliau adalah pemimpin semulajadi dan merupakan antara murid yang paling dihormati di sekolah ini. Dilantik sebagai Presiden Kelab Murid tahun 2016 dengan undi majority melebihi 80 peratus, beliau telah berjaya membawa kelab murid daripada sebuah kelab biasa kepada sebuah trust fund yang disegani ramai. 

Nurul Asyirah binti Mohd Yusof
Class of 2016
Anugerah Khas Tertinggi Hal Ehwal Murid
Penerima seterusnya adalah seorang yang sangat tegas dalam menjalankan tugas. Beliau dilahirkan pada 29 Ogos 2004, jam 855 malam di hospital besar Kuala Terengganu. Seorang yang sangat bertanggungjawab dan mematuhi kata guru, beliau dilantik sebagai Ketua Pengawas Pusat Sumber bagi tahun 2016. Beliau juga merupakan Sarjan TKRS dan telah dilantik sebagai Ketua TKRS Perempuan Peringkat Daerah Setiu. 

Wan Nurezrena Nasuha binti Wan Ramli
Class of 2016
Anugerah Khas Tertinggi Ko-Kurikulum
Dilahirkan pada 12 November 2004, penerima anugerah ini merupakan seorang yang sangat aktif dalam bidang ko-kurikulum, terutamanya bidang sukan. Beliau merupakan atlet perempuan pertama SK Lubok Teras yang pernah memenangi pingat dalam bidang olahraga bagi kategori bawah 12. Selain itu, beliau juga berjaya menunjukkan pencapaian cemerlang dalam Badan Beruniform dan telah mendapat pangkat Sarjan TKRS. 

Siti Nuruldiana Alya binti Mohd Rosdi
Class of 2017
Anugerah Khas Tertinggi Pencapaian Cemerlang
Penerima anugerah ini merupakan murid yang telah banyak mencipta sejarah baru di SK Lubok Teras. Beliau yang dilahirkan pada 9 Januari 2005, merupakan anak bongsu kesayangan Encik Rosdi dan Puan Nor Aini. Anak kecil yang lahir pada jam 2 pagi di Hospital Besar Kuala Terengganu ini merupakan Chief Executive Officer Kelab Murid yang pertama. Kemahiran beliau dalam mengendalikan majlis, mengendalikan peralatan ICT dan kamera serta memimpin telah menjadi contoh kepada murid yang lain. Pada tahun ini, beliau mencipta sejarah dalam bidang olahraga apabila berjaya mendapat 2 Emas 1 Perak di peringkat Negeri, serta 4 Emas di peringkat daerah, satu pencapaian yang tidak pernah dicapai oleh mana-mana pelajar sebelum ini. 

0 comments:

Post a comment