MENGENAI KELAB MURID

AJK KELAB MURID 2016
KELAB MURID SK LUBOK TERAS (KELAB MURID) merupakan sebuah kelab khas yang ditubuhkan di SK Lubok Teras. Kelab ini dianggotai oleh semua murid SK Lubok Teras dan mempunyai satu set AJK Khas yang bertindak sebagai penggerak kelab. Berbeza dengan kelab-kelab yang lain, Kelab Murid mempunyai sistem yang lebih sistematik dan tidak terikat kepada pelembagaan kelab biasa.

SEJARAH
Mesyuarat Guru Akhir Tahun 2014 telah mencadangkan bahawa satu dana khas ditubuhkan untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah kewangan. Dana ini pada mulanya dicadangkan nama sebagai Tabung Sayang Disayang atau TSD, mengambil model dari Sekolah Menengah Sains Dungun.

Mesyuarat Pertama Kelab Murid - 30 Jan 2015
Ahli Mesyuarat Pertama Kelab Murid SKLT
Pada awal Januari 2015, satu mesyuarat khas telah diadakan oleh Encik Hafiz Abdullah bersama-sama beberapa orang murid yang memegang jawatan tinggi di sekolah. Encik Hafiz Abdullah telah mencadangkan kepada murid-murid yang hadir supaya satu kelab ditubuhkan dimana tujuan utama penubuhan adalah untuk mencari dana membantu murid-murid miskin dan mengadakan pelbagai aktiviti di sekolah. Mesyuarata seterusnya telah sebulat suara bersetuju menubuhkan Kelab Murid SKLT dengan Encik Hafiz sebagai pengasas dan penasihat. Mesyuarat juga bersetuju untuk melantik saudari Aina Nabila (kelas 2015) sebagai Presiden Pertama Kelab Murid SKLT. Manakala, AJK utama dilantik dari kalangan murid-murid tahun 6, memandangkan mereka mempunyai pengalaman dalam menguruskan acara. Saudari Anis Farisha dan Nurul Asyirah dari Tahun 5 pula dilantik sebagai Bendahari Kelab berdasarkan pengalaman mereka dalam mengendalikan jualan kelas sebelum ini. 

TUJUAN
  • Membantu murid miskin dalam segal aspek (makanan, pakaian dan alat kelengkapan sekolah)
  • Menjadi satu trust fund yang menjalankan aktiviti bagi mengumpul dana untuk murid.
  • Mengadakan aktiviti-aktiviti yang berpusatkan kepada murid.
  • Melatih kepimpinan dan kecekapan dalam pengurusan acara kepada murid-murid.
  • Membantu murid yang memerlukan dana tambahan untuk masuk ke Sekolah Menengah
STRUKTUR ORGANISASI
Pada awal penubuhan, hanya jawatan Presiden, Bendahari dan Ketua Jualan yang diwujudkan, manakala AJK lain hanya dipanggil sebagai AJK biasa dan terdiri daripada murid-murid tahun 6. Pada bulan Mei 2015, beberapa orang guru UPSR telah menyuarakan kebimbangan terhadap prestasi akademik murid-murid tahun 6 dan menyarankan agar segala aktiviti luar dikurangkan. Oleh dengan itu, Encik Hafiz Abdullah selaku penasihat kelab memutuskan agar hanya Presiden kekal manakala satu AJK sementara akan dilantik bagi menggantikan AJK Tahun 6.

Bermula tahun 2016, struktur organisasi melalui perubahan secara besar-besaran. Presiden dilantik melalui satu pilihanraya ringkas murid manakala AJK lain dilantik dan dipilih oleh Presiden. Presiden adalah murid Tahun 6 manakala AJK lain tidak boleh dipegang oleh murid tahun 6. Jawatan-jawatan baru diwujudkan untuk AJK sepertimana berikut:
  • Chief Executive Officer - pengurus utama semua aktiviti kelab, merancang dan melaksanakan semua aktiviti kelab
  • Chief Financial Officer - pengurus kewangan kelab
  • Chief Operating Officer - juga dikenali sebagai Welfare Officer, mengurus hal-hal berkaitan kebajikan murid
  • Head of Sales Division - ketua jualan dan peniagaan
  • Head of Arts Division - ketua bagi segala hal berkaitan seni persembahan murid, termasuk menguruskan Kelab Murid Dance Group & Kelab Murid Musical Group
  • Head of Multimedia Crew - bertanggungjawab terhadap segala hal berkaitan komputer, multimedia, kamera dan aset elektronik kelab murid, mengetuai Technical Crew Kelab Murid
  • Head of Sports Division - menguruskan program pembangunan sukan murid
  • Asset Officer - menguruskan semua harta dan kelengkapan Kelab Murid.
Guru-guru SK Lubok Teras pula dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah dan Encik Zulfadli Ghani, Pembantu Tadbir dilantik sebagai Pemeriksa Kira-Kira Kelab Murid.

SUMBER KEWANGAN
Jualan Pertama Kelab Murid
jualan pertama Kelab Murid
Aktiviti jualan pertama Kelab Murid telah pun dijalankan sebelum Kelab Murid ditubuhkan secara rasmi lagi. Modal pertama yang diberi oleh Encik Hafiz Abdullah hanyalah satu karton air minuman kotak dan satu dozen air mineral. Hasil daripada jualan ini telah berkembang pesat dengan transaksi Kelab Murid telah pun mencecah RM12 000 pada Julai 2016. 

Secara ringkasnya, berikut adalah sumber kewangan Kelab Murid: 
  1. Peniagaan seperti Movie Night, RB Night dan sebagainya
  2. Jualan makanan ketika acara-acara Kelab Murid
  3. Sumbangan guru-guru SK Lubok Teras
  4. Sumbangan bekas murid dan ibu bapa
  5. Sumbangan pihak luar
Sumber Kewangan Kelab Murid Januari - Mei 2016

Perbelanjaan  Kelab Murid Januari - Mei 2016

Perbelanjaan Kelab Murid Januari - Mei 2016




0 comments:

Post a comment