SKLT DIHUJANI AIR MATA
Anak-anak ini tidak mampu untuk menahan air mata ketika sesi bersalaman dan memohon maaf serta restu daripada ibu bapa mereka. Air mata yang jatuh menampakkan keihkhlasan mereka dalam memohon sejuta kemaafan dari insan-insan yang telah banyak berkorban demi kecemerlangan mereka.
Majlis Restu Ilmu yang diadakan pada hari Rabu yang lepas merupakan majlis tahunan kami bagi memberi peluang anak-anak calon UPSR bermaafan dan memohon restu sebelum melangkah ke dewan peperiksaan. Bukan setakat dengan ibu bapa dan para guru, anak2 ini turut bersalaman dan bermaafan dengan semua murid dan warga SK Lubok Teras. Tidak hairanlah jika anda dapat lihat murid tahun lain pun ada yang menangis teresak-esak pada majlis ini.
Majlis Solat Hajat UPSR bersama komuniti kampung Bukit Aman dan Bukit Lawang pula diadakan pada waktu Zohor hari yang sama. Majlis diketuai oleh bekas guru SK Lubok Teras, Ustaz
Wan Shamsukardi Wan Aziz yang sanggup datang dari jauh semata-mata mahu berjumpa dengan anak-anak yang akan menduduki peperiksaan.
Terima kasih kepada pihak PIBG dan ibu bapa murid-murid Tahun 6 yang telah bertungkus lumus menganjurkan majlis pada hari ini.