Monday 2 January 2017

FIRST DAY OF SCHOOL









1 Januari 2017 membuka tirai sesi persekolahan 2017. Dan seperti biasa, hari pertama di SK Lubok Teras berjalan dengan begitu lancar tanpa sebarang masalah. Hari pertama kami dimulakan dengan perhimpunan yang dikendalikan sepenuhnya oleh murid-murid dan juga dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya. Malahan, para guru juga memberikan komitmen yang tinggi dengan turut sama menyampaikan ucapan dalam Bahasa Inggeris.

Proses Pembelajaran dan Pemudahcaraan juga berjalan seperti biasa dengan elemen kreatif dan kritis dapat dilihat sepanjang PdPc berlangsung. Guru-guru juga tidak kekok menggunakan pelbagai bahan dan alat bantuan pembelajaran bagi membolehkan murid-murid belajar dengan seronok.

Waktu zohor pula diisi dengan solat zohor berjemaah dan solat hajat awal tahun. Solat zohor dan solat hajat ini telah diimamkan oleh Guru Penolong Kanan 1, Ustaz Wan Shamsukardi b Wan Aziz.

Sebelah tengah hari pula, Kelas Asas Fardhu Ain berjalan seperti biasa dan murid-murid sempat sembahyang Asar secara berjemaah sekali lagi sebelum kelas berakhir. Dan pada sebelah petang, latihan atlet berjalan seperti sediakala, bermula dari jam 5.45 petang sehingga ke jam 7 petang.

Secara keseluruhannya, walaupun 1 Januari merupakan hari pertama, namun segala aktiviti, nilai, adat dan budaya sekolah sudah pun berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

0 comments:

Post a Comment