Bersempena dengan #WorldRefugeeDay dan sebagai pengisian Ihya Ramadhan, kami bawa murid-murid kami menyelami suasana dan keadaan kanak-kanak di negara yang dilanda konflik, terutamanya di Syria dan Palestin melalui beberapa siri tayangan video dan taklimat ringkas.
Anak-anak kami ini tidak dapat menahan sebak sehinggakan ada yang menitiskan air mata serta menangis apabila menonton video-video tersebut. Mereka sangat sedih melihat nasib rakan-rakan mereka di negara-negara yang dilanda peperangan. Mereka juga amat tidak dapat menahan sebak apabila mengenangkan realiti yang sedang menimpa kanak-kanak di negara yang dilanda peperangan.
Program yang dijalankan selama seminggu ini juga turut menyaksikan anak-anak ini terlibat dengan kempen sumbangan kepada tabung Aman Palestine dan juga aktiviti mencipta poster keamanan.
Kami harap program ini dapat memberi motivasi kepada anak-anak ini untuk menjadi yang terbaik dan merubah keadaan dunia ini suatu hari nanti.
0 comments:
Post a Comment