We Believe in Children's Potential

Here in SK Lubok Teras, we try our best to highlight every student's potential and give them the best education that suits their interest.

Every Child Matters

Polisi di SK Lubok Teras ialah tiada murid yang akan diasihkan kerana potensi akademik mereka. Kami akan berusaha untuk menyediakan pendidikan yang dapat membantu murid belajar dengan cara yang terbaik.

Fokus Pada Kemahiran Diri

Kami tidak hanya berfokuskan kepada akademik, sistem pendidikan kami juga memberi penekanan kepada kemahiran diri murid yang membolehkan mereka menjadi ahli masyarakat berguna pada masa hadapan.

Hubungan Baik Guru dan Ibu-Bapa

Hubungan rapat antara ibu-bapa dan guru merupakan antara kunci kejayaan kami. Guru-guru kami sentiasa berjumpa dengan ibu-bapa untuk memberi maklum balas mengenai prestasi anak-anak mereka.

Sentiasa Bersedia Membantu Murid

Guru-guru kami sentiasa bersedia membantu murid-murid walaupun di luar waktu persekolahan.

Tuesday, 31 May 2016

AKTIVITI TARIAN SEMPENA CUTI SEKOLAH

Sepanjang cuti persekolahan, kami sentiasa cuba mengisi masa lapang murid-murid kami dengan pelbagai aktiviti berfaedah. Salah satu aktiviti kali ini ialah Persembahan Tarian oleh Kelab Murid Performing Arts Division. Pasukan Tarian ini telah dilatih oleh Puan Rosma Nabila, iaitu pekerja pembersihan kami, secara sukarela dan tanpa apa-apa bayaran. Peralatan dan pakaian pula ditaja SEPENUHNYA oleh KELAB MURID sendiri. 

Puan Rosma Nabila turut dibantu oleh ibu bapa murid-murid ini sendiri, antaranya ialah Puan Rogayah Omar dan suami Puan Rosma, Encik Raslan Ali. Malahan, kami juga turut membuka pasukan ini kepada bekas-bekas murid yang ingin memanfaatkan cuti mereka. Untuk kali ini, bekas murid Kelas 2015, Nur Sahira Mohd Ramlan turut menyertai adik-adik beliau mengadakan persembahan.

Pada cuti kali ini, mereka telah mendapat pelawaan untuk mengadakan persembahan di majlis-majlis kahwin. Mereka juga dibawa ke tempat-tempat awam seperti Pentas Seni Pantai Batu Burok untuk mengadakan persembahan secara terbuka. Pasukan ini diuruskan sepenuhnya oleh Guru Penasihat Kelab Murid, Encik Hafiz Abdullah.

Senarai Penari Pasukan Tarian:
  1. Nur Syamimie Munirah
  2. Nur Aisyah Sofia
  3. Nur Ain Farisya
  4. Wan Nur Natasha Atiqah
  5. Siti Nuruldiana Alya
  6. Aini Najwa




Monday, 30 May 2016

KELAS LINUS BI UNTUK IBU BAPA

Hari ini kami adakan pula perjumpaan khas dengan ibu bapa murid tahun 1. Perjumpaan ini diadakan bagi memberi makluman berkenaan LINUS Bahasa Inggeris dan juga sedikit panduan kepada mereka cara membantu anak-anak mereka membaca di rumah. Ibu bapa ini turut didedahkan dengan asas fonetik Bahasa Inggeris bagi memudahkan mereka mengajar anak di rumah. Guru Bahasa Inggeris kami, Encik Hafiz Abdullah turut membekalkan ibu bapa dengan beberapa bahan pengajaran dan pembelajaran di rumah yang mana akan membantu ibu bapa menguasai asas-asas fonetik Bahasa Inggeris.

Terima kasih kepada semua ibu bapa serta penjaga yang hadir pada hari ini.


Thursday, 26 May 2016

GURU KAMI DAPAT ANUGERAH GURU CEMERLANG ICT

Pada hari ini telah diadakan Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Setiu. Dan tahun ini juga menyaksikan salah seorang guru kami, iaitu Encik Hafiz Abdullah telah naik pentas menerima Anugerah Guru Cemerlang ICT kategori sekolah rendah. Tahniah diucapkan!.

Monday, 16 May 2016

HARI GURU DISAMBUT MERIAH

Sambutan Hari Guru 2016 disambut dengan begitu meriah sekali di SK Lubok Teras. Sambutan ini dikelolakan oleh AJK PIBG bersama ibu bapa penjaga dan juga AJK Kelab Murid SK Lubok Teras. 

Sambutan kali ini dimulakan dengan upacara menyambut guru di pintu pagar sekolah. Tradisi saban tahun ini dikelolakan sepenuhnya oleh AJK Kelab Murid kami. Acara seterusnya adalah Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yassin yang turut disertai oleh Encik Shansudin bin Ahmad, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Setiu. Dalam ucapan ringkas beliau, Encik Shansudin menyatakan rasa kagum beliau terhadap pencapaian cemerlang murid-murid SKLT semenjak akhir-akhir ini. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada para guru atas usaha gigih memajukan anak-anak kampung.

Program seterusnya adalah Sukaneka Hari Guru yang disertai oleh guru-guru, ibu bapa, para pekerja swasta SKLT dan semua hadirin yang hadir. Sukaneka ini merupakan bukti betapa eratnya hubungan komuniti di SK Lubok Teras.

Acara kemuncak adalah sambutan di dewan SKLT. Dewan tahun ini dihias dengan begitu cantik sekali oleh AJK Kelab Murid. Acara dewan ini juga dikelolakan hampir 100% oleh AJK Kelab Murid SKLT.

Terima kasih ibu bapa, PIBG sekalian, menganjurkan sambutan Hari Guru untuk kami. Terima kasih atas banner di pintu pagar yang sangat cantik. Terima kasih atas gulai ayam kampung yang sangat sedap. 

Terima kasih Kelab Murid Lubok Teras yang sama-sama menganjurkan Sambutan Hari Guru. Terima kasih kerana sanggup stay di sekolah dari pagi sampai ke tengah malam menyiapkan dewan. Tak banyak rasanya sekolah rendah di Malaysia ni yang mana hiasan dewan hampir 100% hasil kerja murid, sambutan hari guru pula 70% dikendalikan oleh murid.

Terima kasih atas penghargaan yang begitu tinggi kepada kami. InshaAllah, anak-anak SKLT akan menjadi manusia hebat suatu hari nanti








Sunday, 8 May 2016

WATIKAH PELANTIKAN BADAN KEPIMPINAN MURID

Pada 8 Mei 2016 yang lepas, kami telah mengadakan watikah pelantikan Badan Kepimpinan Murid bagi tahun 2016. Badan Kepimpinan Murid yang terlibat adalah Badan Pengawas Sekolah, Badan Pengawas Pusat Sumber Sekolah dan Krew Teknikal.