We Believe in Children's Potential

Here in SK Lubok Teras, we try our best to highlight every student's potential and give them the best education that suits their interest.

Every Child Matters

Polisi di SK Lubok Teras ialah tiada murid yang akan diasihkan kerana potensi akademik mereka. Kami akan berusaha untuk menyediakan pendidikan yang dapat membantu murid belajar dengan cara yang terbaik.

Fokus Pada Kemahiran Diri

Kami tidak hanya berfokuskan kepada akademik, sistem pendidikan kami juga memberi penekanan kepada kemahiran diri murid yang membolehkan mereka menjadi ahli masyarakat berguna pada masa hadapan.

Hubungan Baik Guru dan Ibu-Bapa

Hubungan rapat antara ibu-bapa dan guru merupakan antara kunci kejayaan kami. Guru-guru kami sentiasa berjumpa dengan ibu-bapa untuk memberi maklum balas mengenai prestasi anak-anak mereka.

Sentiasa Bersedia Membantu Murid

Guru-guru kami sentiasa bersedia membantu murid-murid walaupun di luar waktu persekolahan.

Tuesday, 26 January 2016

INTAN CIPTA SEJARAH PERTAMA 2016

Tahniah Adik INTAN SHAFIKA yang berjaya mendapat NAIB JOHAN dalam Kejohanan Merentas Desa MSSD 2016!. Tahniah kepada pasukan merentas desa perempuan yang menjulang nama SK Lubok Teras menjadi NAIB JOHAN Keseluruhan Merentas Desa MSSD kali ini. Adik Intan Shafika menjadi murid pertama mencipta sejarah pada tahun ini dan ini merupakan rekod terbaik SKLT sepanjang ditubuhkan. Adik Intan bakal mewakili Daerah Setiu dalam Kejohanan Merentas Desa MSST 2016 yang turut diadakan di Sekolah Sukan Terengganu Bukit Nenas.

Tahniah juga kepada barisan jurulatih yang diketuai oleh Encik Hafiz Abdullah dan disokong penuh oleh GPK Ko, Encik Mohd Afnizam b Mohd Ghazali.






Saturday, 16 January 2016

KEJOHANAN MERENTAS DESA & FUN RUN 2016

SKLT telah berjaya menganjurkan Kejohanan Merentas Desa dan FUN RUN pada 14 Januari 2016. Penganjuran kali ini merupakan yang paling meriah dalam sejaran penganjuran kejohanan peringkat sekolah dengan adanya penyertaan dari ibu bapa bekas murid dan belia Kg Bukit Aman dan Bukit Lawang dalam "Fun Run" yang pertama kalinya diadakan. Semangat komuniti dan kekitaan yang amat tinggi telah ditonjolkan oleh warga Kg Bukit Aman dan Bukit Lawang, bekas-bekas murid, ibu bapa dan orang awam sampai ada yang sanggup mengambil cuti semata-mata untuk menyertai kejohanan ini.

6 kategori telah dipertandingkan dan 34 pemenang telah menerima hadiah masing-masing pada majlis penutup yang telah diadakan pada akhir kejohanan.Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan kejohanan ini. Semoga berjumpa lagi di kejohanan akan datang.













Monday, 11 January 2016

SAMBUTAN MAULIDUL RASUL 2016

Program ini telah diadakan pada 10 Januari 2016. Antara pengisian program ialah selawat, ceramah , pertandingan kuiz, pertandingan bercerita kisah nabi dan pertandingan mewarna. Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah diadakan bersama-sama penyampaian sumbangan kelab murid.








Monday, 4 January 2016

Murid Cemerlang 2015 Singgah di Sekolah

Saudari Aina Nabila dan Alia Nabila, dua pelajar cemerlang kami tahun lepas singgah ke sekolah untuk berjumpa dengan guru-guru memohon restu sebelum pergi mendaftar diri di sekolah masing-masing. Mereka berdua juga sempat mengadakan sesi soal jawab dan motivasi ringkas kepada adik-adik mereka di SK Lubok Teras.

Saudari Aina Nabila akan menyambung pelajarannya di SM Imtiaz Yayasan TerengganuSetiu manakala Alia Nabila akan ke SBP Integrasi Tun Abdul Razak (InSTAR) Pekan. Pada hari ini juga kami menerima khabar gembira apabila seorang lagi murid kami berjaya ditempatkan di sekolah kawalan Agama Negeri Terengganu. Ini menjadikan 40% daripada lepasan SK Lubok Teras 2015 berjaya menerima tawaran dari sekolah-sekolah kawalan.

Ramai yang tidak tahu sebenarnya guru-guru SKLT lah yang sentiasa berusaha memastikan anak-anak didik mendapat pendidikan yang cemerlang di sekolah-sekolah terpilih apabila mereka tamat tahun 6. Ya, perjuangan kami tidak terhenti selepas keputusan UPSR, malahan, kami sentiasa bekerja memastikan lepasan SKLT akan mendapat tempat di sekolah-sekolah kawalan yang hebat. Oleh itu, tidak mustahil jika anda melihat guru-guru kami mengisi borang-borang pemohonan, membawa anak-anak murid ke temuduga dan ujian kemasukan serta sentiasa bersedia membantu mereka menyelesaikan hal-hal pesediaan kemasukan ke sekolah menengah dengan kerjasama erat ibu bapa mereka.

Inilah sekolah kami, walaupun kecil, namun harapan dan impian kami untuk anak-anak ini, amatlah besar.




Sunday, 3 January 2016

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN SESI 2016

Hari pertama persekolahan di SK Lubok Teras dimulai dengan lawatan rasmi oleh Pegawai Perhubungan Sekolah, Encik Shansuddin dan Encik Azaman. Encik Shansuddin dalam ucapannya memuji para pelajar yang kelihatan segak, ceria dan cergas pada hari pertama persekolahan. Beliau juga sempat bertemu dengan murid-murid tahun 6 untuk sedikit motivasi dan kata-kata semangat kepada mereka.



Gambar sekitar hari pertama persekolahan, klik di sini.

Friday, 1 January 2016

1 Januari 1985

1 Januari 1985 - 1 Januari 2016. maka genaplah sudah 31 tahun SKLT ditubuhkan. 

Sekarang kita sudah pun memasuki tahun ke 32.

Jom kita imbas kembali, apa yang berlaku pada hari pertama pembukaan SK Lubok Teras, 31 tahun yang lepas. Catatan bersejarah ini telah ditulis oleh Guru Besar pertama SK Lubok Teras, En Abdul Rahman @ Jusoh Bin Chik.

1 Januari 1985

1. Hari ini sekolah mula dibuka. Semua guru-guru yang diarahkan bertukar ke sekolah ini telah hadir melaporkan diri, kecuali seorang.

2. Kerana sekolah ini sekolah baru, keadaan kawasannya adalah semak-samun dengan rumput lalang dan anak-anak kayu. Bagi mengatasi keadaan ini, pihak Ibu Bapa dari Kampung Bukit Aman dan Bukit Lawang yang anak-anak mereka bersekolah di sini telah keluar beramai-ramai bergotong-royong menebas kawasan sekolah yang berhampiran dengan bangunan sekolah sahaja. DI samping itu membawa kenduri doa selamat bagi sempena upacara pembukaan sekolah baru.

3. Sambutan dari ibu bapa sangatlah baik. Mereka terpaksa tinggalkan kerja seharian mereka untuk dating beramai-ramai bagi membersihkan kawasan sekolah dari semak-samun. Saya bagi pihak sekolah ini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga di atas kerjasama dari ibu-bapa terutamanya atas daya usaha Ketua Kampung, Abu Bakar bin Said yang telah memainkan penting dalam menjayakan perkara ini.

4. Sekolah tidak belajar lagi kerana kerja membersihkan kawasan berlarutan sehingga jam 11 pagi dan selepas itu, dijalankan pendaftaran masuk murid-murid mengikut darjah-darjah masing-masing dan menyusun bilik darjah.