Sebagai salah satu pengisian waktu hujung minggu dan cuti pendek persekolahan, SK Lubok Teras telah mengadakan Program Kelas “Kerja Rumah” untuk murid-murid SKLT. Kelas ini bertujuan untuk membantu murid dalam menyiapkan kelas kerja rumah yang diberikan oleh guru.
Umum tahu guru akan menyediakan kerja-kerja rumah sebagai aktiviti pengayaan (enrichment) atau pun sebagai aktiviti pengukuhan (remedial) kepada murid-murid. Walaubagaimanapun, kadang kala murid-murid memerlukan facilitation untuk menyiapkan tugasan yang diberi. Berada di kawasan luar Bandar dan pedalaman menyebabkan kurangnya support yang dapat diberikan di rumah. Latarbelakang keluarga murid-murid disini menyukarkan mereka untuk mendapat facilitation di rumah.
Oleh sebab ini, pihak sekolah telah mencadangkan agar sebuah kelas terbuka dibuat dengan seroang guru bertindak sebagai facilitator bagi membantu murid menyiapkan tugasan yang diberikan.
Konsep “kelas terbuka” digunakan kerana kelas ini tidak mempunyai had-had tertentu samada dari segi umur murid atau pun subjek yang ingin disiapkan. Kelas terbuka juga membolehkan facilitator dari luar seperti bekas murid cemerlang SKLT turut menyertai kelas ini, samada untuk menyiapkan tugasan mereka atau pun bertindak sebagai salah seorang fasilitator.
Bagi pemilihan tempat dan masa, adalah bergantung sepenuhnya kepada fasilitator yang bertugas. Sebagai persediaan, fasilitator yang bertugas juga akan menyediakan bahan-bahan yang bersesuaian serta menjadi kepakaran fasilitator tersebut. Ini sebagai backup sekiranya murid-murid dapat menyiapkan tugasan awal dari jangkaan.
Bagi kuarter pertama (first quarter) tahun 2015, pihak sekolah telah berjaya mengadakan kelas seperti ini beberapa kali. Kelas-kelas ini telah diadakan bukan setakat di sekolah, malah juga di kawasan-kawasan rekreasi yang berhampiran dengan sekolah, contohnya di kawasan Sungai Nerus. Ini bagi menarik minat murid untuk belajar serta menanamkan sifat cinta terhadap alam sekitar. Kelas yang diadakan juga telah berjaya menarik beberapa orang bekas pelajar cemerlang SKLT yang kini berada di alam persekolahan menengah. Pelajar-pelajar ini telah membantu murid-murid SKLT yang hadir ke kelas kerja rumah dan memberi inspirasi kepada mereka untuk menjadi cemerlang.