We Believe in Children's Potential

Here in SK Lubok Teras, we try our best to highlight every student's potential and give them the best education that suits their interest.

Every Child Matters

Polisi di SK Lubok Teras ialah tiada murid yang akan diasihkan kerana potensi akademik mereka. Kami akan berusaha untuk menyediakan pendidikan yang dapat membantu murid belajar dengan cara yang terbaik.

Fokus Pada Kemahiran Diri

Kami tidak hanya berfokuskan kepada akademik, sistem pendidikan kami juga memberi penekanan kepada kemahiran diri murid yang membolehkan mereka menjadi ahli masyarakat berguna pada masa hadapan.

Hubungan Baik Guru dan Ibu-Bapa

Hubungan rapat antara ibu-bapa dan guru merupakan antara kunci kejayaan kami. Guru-guru kami sentiasa berjumpa dengan ibu-bapa untuk memberi maklum balas mengenai prestasi anak-anak mereka.

Sentiasa Bersedia Membantu Murid

Guru-guru kami sentiasa bersedia membantu murid-murid walaupun di luar waktu persekolahan.

Friday, 30 January 2015

Murid dan Fotografi

Pernah tertanya kenapa kualiti beberapa gambar kami tidaklah sebaik professional ?

Ini kerana yang mengambil gambar bukan lah para guru, tetapi anak-anak kita sendiri. Di sini, kami memberi peluang kepada murid-murid untuk mengambil gambar menggunakan kamera DSLR dan Mirrorless. Dengan ini murid dapat belajar serta bereksperimen serba-sedikit mengenai fotografi dan merasai sendiri pengalaman mengambil gambar, dengan tunjuk ajar oleh guru-guru seperti Ustaz Hisyam. Kami yakin belajar melalui pengalaman adalah kaedah yang terbaik untuk anak-anak ini.

Ya, kamera yang digunakan adalah kamera guru-guru, berharga ribuan ringgit, dan berisiko tinggi apabila diberi kepada murid. Tetapi demi ilmu dan pelajaran, kami sanggup smile emoticon

Mungkin suatu hari nanti akan ada anak-anak SKLT menjadi seorang jurugambar professional seperti Saiful Nang, insha-Allah.

Gambar di bawah ini diambil oleh adik Intan Shafika, murid tahun 3.




Wednesday, 28 January 2015

Kelainan di Perpustakaan SKLT

Bermula pada akhir tahun lepas, SKLT telah membuat suatu kelainan dengan memberi peluang kepada murid-murid untuk memilih sendiri bahan bacaan mereka di perpustakaan. 

Kesannya, pada tahun ini, sambutan terhadap buku-buku baru di perpustakaan sangat menggalakkan. Walaupun ketika ini perpustakaan belum dapat dibuka sepenuhnya, ramai murid yang datang meminta untuk meminjam buku.

Perpustakaan SKLT tidak besar, tetapi mempunyai buku yang mencukupi untuk semua murid. Namun, masih banyak yang perlu ditambah baikkan. Kekurangan dana menyebabkan beberapa alatan serta kelengkapan seperti rak majalah, langganan akhbar dan majalah, tidak dapat dibuat.

Oleh itu, kepada mereka yang ingin memberikan sumbangan dalam apa jua bentuk untuk melengkapkan lagi perpustakaan SKLT, amatlah dialu-alukan. Anda juga boleh datang ke sekolah dan melihat sendiri perpustakaan SKLT. Diharapkan dengan sumbangan anda, kita dapat melahirkan murid yang gemar membaca dan mencintai ilmu di SK Lubok Teras. inshaAllah.




Friday, 16 January 2015

Penyampaian Bantuan Persekolahan dan KWAPM

Kami telah mengadakan Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan dan Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin pada 15 Januari yang lepas. Majlis ini telah disempurnakan oleh Encik Saidom bin Wahab, Pengerusi J3K Kampung Bukit Aman.