SK Lubuk Teras , 30 Januari 2012, Isnin . Guru Besar mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK PIBG dan para ibu bapa murid tahun 6 yang sudi hadir . Mesyuarat itu bertujuan membincangkan program dan aktiviti bagi meningkatkan kecemerlangan murid-murid dalam UPSR ,yang akan ditempuhi pada 11,12, dan 13 September 2012 nanti. GB berpuas hati dengan keputusan UPSR yang lalu dan mengucapkan tahniah kepada adik Mohd Afiq Faiz yang berjaya mendapat 5A .Dengan keputusan tersebut sekaligus menaikkan nama sekolah iaitu jika di inilai dalam Gred Purata Sekolah (GPS) ialah 1.8 kedudukan, dan SKLT berada dikedudukan 62 daripada 362 buah sekolah.
Guru Besar juga meminta pihak ibubapa supaya mencadangkan program yang difikirkan sesuai untuk meningkatkan kecemerlangan murid-murid dalam UPSR akan datang. Diantara program yang telah dicadangkan oleh pihak sekolah:
- Mengadakan kelas tambahan bermula jam 2.00 hingga 5.00 petang bermula februari ini
- Kelas hujung minggu
- Cuti Terancang
- Kelas PPTT
- Solat hajat
- Kem motivasi
- Program Mentoring
- Sistem ganjaran, murid yang mendapat “A” dalam setiap mata pelajaran mendapat RM10 sumbangan dari PIBG
Dalam mesyuarat itu turut dibincangkan tarikh mesyuarat Agung PIBG 2012 dan diputuskan pada 22 Februari ini