We Believe in Children's Potential

Here in SK Lubok Teras, we try our best to highlight every student's potential and give them the best education that suits their interest.

Every Child Matters

Polisi di SK Lubok Teras ialah tiada murid yang akan diasihkan kerana potensi akademik mereka. Kami akan berusaha untuk menyediakan pendidikan yang dapat membantu murid belajar dengan cara yang terbaik.

Fokus Pada Kemahiran Diri

Kami tidak hanya berfokuskan kepada akademik, sistem pendidikan kami juga memberi penekanan kepada kemahiran diri murid yang membolehkan mereka menjadi ahli masyarakat berguna pada masa hadapan.

Hubungan Baik Guru dan Ibu-Bapa

Hubungan rapat antara ibu-bapa dan guru merupakan antara kunci kejayaan kami. Guru-guru kami sentiasa berjumpa dengan ibu-bapa untuk memberi maklum balas mengenai prestasi anak-anak mereka.

Sentiasa Bersedia Membantu Murid

Guru-guru kami sentiasa bersedia membantu murid-murid walaupun di luar waktu persekolahan.

Friday, 7 July 2017

HARI RAYA DISAMBUT MERIAH!

Sambutan Hari Raya Aidilfitri di SK Lubok Teras meriah, ibu bapa dan seluruh warga komuniti turut hadir menyerikan majlis.

Lontong, Nasi Minyak, Mee Kari, Laksa Terengganu, Jeruk Buah dan Cendol Pulut merupakan antara juadah yang dihidangkan ketika sambutan Raya kali ini. Menariknya, kesemua hampir 10 menu utama disediakan oleh ibu bapa sendiri, dengan setiap kali membawakan menu yang berlainan. Ini merupakan julung-julung kali kami memberi peluang kepada para ibu bapa di setiap kelas untuk memasak menu pilihan mereka sendiri.

Hasilnya, sambutan Hari Raya di SK Lubok Teras dipenuhi oleh seluruh komuniti SKLT, penduduk Kampung Bukit Aman dan Bukit Lawang, bekas-bekas staff, bekas guru serta pegawai pendidikan daerah. Ustaz Wan Shamsukardi, bekas Guru Penolong Kanan 1 SK Lubok Teras juga telah datang beraya bersama kami di sini, sejak awal pagi sehinggalah majlis tamat. 

Tuan Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Setiu, Tuan Haji KipayatuAllah bin Dato Ahmad Said juga tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama meraikan sambutan Aidilfitri di SKLT, walaupun terpaksa menempuh jarak perjalanan yang jauh. Beliau yang ditemani oleh Tuan Haji Rosmadi, Pegawai Pembangunan Sukan PPD Setiu, yang juga penyokong utama Program Pembangunan Sukan SKLT, turut menceriakan anak-anak SKLT dengan pemberian duit raya.

Majlis diadakan secara santai dengan konsep "open house" atau rumah terbuka. Pelbagai aktiviti lain juga turut diadakan seperti persembahan kelas, persembahan ibu bapa serta persembahan guru. Turut diadakan, pertandingan Pakaian Raya dan Menu Terbaik.

Majlis yang selesai pada jam 1 petang itu diakhiri dengan sesi bersalaman para guru dan pemberian duit raya kepada semua murid oleh Kelab Guru SKLT.

Bagi pihak sekolah, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para ibu bapa, AJK PIBG, dan seluruh warga komuniti SK Lubok Teras atas komitmen yang diberikan. Tidak salah jika kami katakan, ini merupakan majlis sambutan raya yang paling meriah yang pernah dianjurkan di sekolah kecil ini.


















































Friday, 23 June 2017

MAJLIS KHATAM QURAN & BERSALAMAN



Pada hari akhir persekolahan, 22 Jun 2017, sebelum cuti Aidilfitri, kami telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran serta sesi bersalaman dengan semua warga SK Lubok Teras. Majlis Khatam Al-Quran menyaksikan seramai 25 murid SKLT menerima penghargaan atas usaha mereka membaca Al-Quran sepanjang Ramadhan. Majlis turut diserikan dengan bacaan AL-Quran oleh murid-murid tahap 2 bersama dengan guru-guru SK Lubok Teras.

Majlis seterusnya disambung pula dengan ucapan dan amanat terakhir daripada Tuan Guru Besar, Encik Mohd Jamka bin Harun sempena dengan Aidilfitri.

Sebelum mula bersalaman, Ustaz Wan Muhd Nur Hisyam dan Encik Hafiz Abdullah memberikan pula sedikit taklimat dan penerangan ringkas mengenai amalan-amalan ketika berhari raya.