We Believe in Children's Potential

Here in SK Lubok Teras, we try our best to highlight every student's potential and give them the best education that suits their interest.

Every Child Matters

Polisi di SK Lubok Teras ialah tiada murid yang akan diasihkan kerana potensi akademik mereka. Kami akan berusaha untuk menyediakan pendidikan yang dapat membantu murid belajar dengan cara yang terbaik.

Fokus Pada Kemahiran Diri

Kami tidak hanya berfokuskan kepada akademik, sistem pendidikan kami juga memberi penekanan kepada kemahiran diri murid yang membolehkan mereka menjadi ahli masyarakat berguna pada masa hadapan.

Hubungan Baik Guru dan Ibu-Bapa

Hubungan rapat antara ibu-bapa dan guru merupakan antara kunci kejayaan kami. Guru-guru kami sentiasa berjumpa dengan ibu-bapa untuk memberi maklum balas mengenai prestasi anak-anak mereka.

Sentiasa Bersedia Membantu Murid

Guru-guru kami sentiasa bersedia membantu murid-murid walaupun di luar waktu persekolahan.

Saturday, 25 October 2014

Perkhemahan Tahunan Tunas Kadet Remaja Sekolah 2013

Pada 22-24 Oktober 2013 telah diadakan satu Perkhemahan Tahunan Tunas Kadet Remaja Sekolah bertempat di Sekolah kebangsaan Lubok Teras, Setiu Terengganu. Perkhemahan ini diadakan selama 3 hari 1 malam. Jumlah peserta yang terlibat dalam perkhemahan ini adalah seramai  27 orang pelajar yang terdiri daripada 15 orang pelajar perempuan dan 12 orang pelajar lelaki yang merupakan pelajar tahun 3, 4, 5 dan tahun 6. Jumlah guru yang terlibat pula adalah seramai 13 orang.

Rasional dijalankan perkhemahan kali ini adalah untuk memberi pendedahan dan pengalaman baru kepada para pelajar dalam menjalani aktiviti-aktiviti secara berdikari dan berkumpulan disamping memantapkan mental dan fizikal pelajar seiring dengan hasrat 6 Tunjang Kemenjadian Murid oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Ianya juga bertujuan untuk memberi peluang kepada murid yang layak bagi dinaikkan pangkat ke Lans Koperal TKRS.

Berikut adalah aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh para pelajar sepanjang perkhemahan diadakan.

HARI PERTAMA: SELASA (22 OKTOBER 2013)
Masa: 8:30pagi – 9:30pagi
Taklimat dan Pemasangan Khemah
  •  Semua pelajar yang terlibat dengan aktiviti perkhemahan berkumpul di dataran perhimpunan sekolah bagi mendengar taklimat ringkas sebelum dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil.
  • Taklimat itu telah diberi oleh Kem Komanden iaitu Encik Mohd Firdaus b Bakar dibantu oleh penyelaras unit beruniform, En Muhammad Hafiz bin Abdullah. Pelajar telah diberikan kumpulan kecil dan khemah satu bagi setiap kumpulan.
  • Pelajar kemudianya diberi taklimat cara-cara memasang khemah oleh En Marzuky b Mohd, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
  • Pelajar memasang khemah yang diberi dalam kumpulan masing-masing dengan dibantu oleh guru-guru penasihat


Masa: 9:45pagi – 11:30pagi
Pembinaan Tapak serta Kawasan Perkhemahan


  • Pelajar bergerak ke padang untuk membina tapak perkhemahan menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti rotan dan kayu.
  • Guru penasihat membantu pelajar membina dan membersihkan tapak kawasan perkhemahan.
  • Pelajar meletakkan khemah yang telah siap dipasang di kawasan perkhemahan masing-masing.


Masa: 11:30 – 12:30 tengah hari
Pelajar pulang ke rumah masing-masing bagi mengambil kelengkapan diri

Masa: 12:30 tengah hari – 2:00 petang
Pendaftaran dan Aktiviti Kerohanian

Masa: 2:30 petang – 3:30 petang
Pembentukkan Identiti dan Ketatanegaraan




Masa: 3:30 petang – 4:30 petang
Bantu Mula
·     Masa: 4:30 petang – 5:00 petang
Solat Asar dan Minum Petang

Masa: 5:00 petang – 6:15 petang
Latihan Kawad
  • Latihan kawad dimulakan dengan taklimat ringkas oleh En Mohd Firdaus b Bakar.
  • Latihan yang dijalankan termasuklah asas pergerakkan serta berjalan.
  • Pelajar kemudian diberikan masa untuk berlatih dalam kumpulan kecil dengan dibantu oleh guru-guru penasihat.
  • Pada akhir sesi, pelajar dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.




HARI KEDUA: RABU (23 OKTOBER 2013)
Masa: 7:30pagi – 8:00pagi
Sarapan Pagi dan Senaman




Masa: 8:10pagi – 10:30pagi
Latihan Kawad
  • Latihan kawad diteruskan lagi dengan penakanan lebih diberikan kepada kawad berjalan.
  • Pelajar menghadapi banyak masalah dalam mencapai irama kawad yang kemas dan sempurna, dan ini memaksa kepada latihan dalam kumpulan kecil.
  • Kerjasama yang sangat baik diberikan oleh semua guru dengan setiap kumpulan dilatih secara one-on-one oleh guru-guru yang bertugas.
  • Majoriti kumpulan perempuan dapat menguasai kawad dengan lebih baik berbanding kumpulan pelajar lelaki.


Masa: 11:00pagi – 12:30tengah hari
Alam Sekitar dan Ikatan
·         
Masa: 12:30 tengah hari – 2:00 petang
Makan tengah hari, Solat Zuhur dan persiapan diri.

Masa: 2:30 petang – 4:30 petang
Keusahawanan dan Ikhtiar Hidup: Menyediakan Makan Malam


  • Pada aktiviti kali ini, pelajar diberikan tugasan untuk menyediakan tiga jenis masakan terdiri daripada dua lauk dan satu nasi.
  • Aktiviti ini dikendalikan oleh Puan Norahan binti Bidin serta dibantu oleh semua guru yang bertugas.
  • Pelajar dapat menyiapkan tugasan yang diberikan tanpa ada sebarang kejadian yang tidak diingini.
  • Keseluruhanya, tahap disiplin dan kerjasama antara pelajar telah banyak meningkat seterusnya menyumbang kepada kejayaan aktiviti ini.
  • Pelajar menyediakan hidangan berikut untuk empat orang: Nasi putih, Ikan Sardin, Telur Dadar dan Air Teh.

Masa: 4:30 petang – 5:00 petang
Solat Asar dan Minum Petang

Masa: 5:15 petang – 6:30 petang
Riadah – Perang Air



  • Untuk aktiviti ini, setiap kumpulan diberikan kuantiti tertentu plastik ais-krim dan mereka perlu mengisi plastik-plastik ini dengan air.
  • Aktiviti ini dijalankan dengan format pertandingan one-on-one iaitu dua kumpulan akan bersaing bagi merebut bendera untuk dipacak ke tempat yang telah ditentukan.
  • Plastik ais-krim pula dijadikan senjata untuk mengeluarkan pihak lawan dari permainan.
  • Secara keseluruhanya, pelajar dapat memahami peraturan pertandingan dengan baik.
  • Kelemahan yang dapat dikesan ialah pelajar tidak berupaya untuk menyusun strategi yang baik untuk menang.
  • Aktiviti ini baik untuk melatih pelajar berfikir jauh dan membuat perancangan yang baik di masa hadapan.

Masa: 6:45 petang – 8:30 malam
Makan malam, Urus Diri, Solat Maghrib dan Isyak, Persiapan Malam Kebudayaan

Masa: 8:45 malam – 10:00 malam
Malam Kebudayaan


  • Setiap kumpulan diberikan tugasan untuk menyediakan sebuah persembahan mengikut tema/kategori yang telah ditetapkan.
  • Persembahan yang ada untuk malam tersebut adalah tarian, dikir barat, nyanyian dan sketsa.
  • Keseluruhan persembahan memuaskan dengan pujian wajar diberi kepada persembahan tarian dan sketsa.
  • Pelajar kemudianya dijamu dengan nasi goreng dan ayam bakar sebagai minum malam.


Oleh kerana cuaca yang tidak mengizinkan, khemah terpaksa dipindahkan ke dalam kelas tahun 1 dan 2.
Pelajar tidur dalam khemah yang diletakkan di dalam kelas.



HARI KETIGA: KHAMIS (24 OKTOBER 2013)
Masa : 6.00 pagi – 8.30 pagi
  • Seperti biasa, para peserta dikejutkan pada jam 6.00 pagi dengan membunyikan siren untuk menguruskan diri dan bersiap sedi untuk solat Subuh secara berjemaah dan sesi tazkirah pagi yang akan disampaikan  oleh guru yang bertugas, En Wan Shamsukardi dan En Mohd Firdaus b Bakar.
  • Selesai sahaja tazkirah pagi, para peserta melakukan senaman ringan sebelum memakan sarapan pagi yang telah disediakan.


Masa: 8:30pagi – 10:00pagi
Pertandingan Kawad
·         
Masa : 11:00 pagi – 12:30 tengah hari
Majlis Penutup dan Taraf Perkhemahan


  • Upacara perasmian penutup dan acara penyampaian hadiah bagi kumpulan yang terbaik dan lain-lain dijalankan pada jam 2.00 petang.
  • Kumpulan yang memenangi sebagai kumpulan terbaik adalah kumpulan 6. Hadiah disampaikan oleh Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru, En Wan Ramli.
  • Selepas tamat upacara penyampaian hadiah, peserta diberi taklimat akhir sebelum mengemas khemah. Taklimat diberikan oleh Kem Komandan.
  • Semua peserta dikehendaki melakukan gotong-royong membersihkan kawasan perkhemahan mengikut zon yang telah ditetapkan.


PENCAPAIAN KESELURUHAN
Perkhemahan berjaya mencapai objektif dengan jayanya. Perkhemahan kali ini juga menyaksikan 3 orang pelajar tahun 6 berjaya dinaikkan pangkat ke Lans Koperal TKRS. Pelajar tersebut adalah adik Ummi Kalthum binti Deraman, Ketua Kumpulan 6, adik Siti Salina, Ketua Kumpulan 5 dan adik Izzah Athirah bt Mohd dari Kumpulan 4. Sila rujuk Lampiran B untuk senarai penuh pemenang bagi semua pertandingan yang telah dijalankan.  

KESIMPULAN

Diharapkan perkhemahan seperti ini dapat lagi dijalankan pada masa-masa akan datang dengan lebih baik.

Tuesday, 12 August 2014

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA 2014

Pada 10 Ogos 2014 yang lepas, SK Lubok Teras dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru telah selamat mengadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah. Acara yang meriah ini diadakan berkonsepkan "Pot-Luck" dimana ibu bapa dan guru membawa makanan dari rumah masing-masing. 

Sambutan kali ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Setiu, Tuan Haji Kipayatu Allah ke SK Lubok Teras. Beliau juga sempat berjumpa dan memberi sedikit motivasi kepada murid-murid tahun 6 yang akan menduduki UPSR pada bulan hadapan.

Pihak Sekolah ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan program kali ini.

Tuan KPPD Setiu sempat bergambar dengan barisan pentadbir dan AJK PIBG

Murid-murid SK Lubok Teras dan guru-guru

Wednesday, 31 October 2012

PERKHEMAHAN TAHUNAN 2012

Perkhemahan Tahunan SK Lubok Teras telah diadakan bermula pada 22 Oktober 2012 dan berakhir pada 24 Oktober 2012. Perkhemahan ini disertai oleh murid-murid tahun 3 hingga tahun 6.



Monday, 10 September 2012

UPSR 2012

Pihak Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Lubok Teras ingin mengucapkan selamat menempuh peperiksaan UPSR kepada para pelajar tahun 6 SKLT. Diharapkan agar pelajar-pelajar dapat mengharungi UPSR dengan penuh cemerlang. 







Wednesday, 18 July 2012

KEMBARA MERDEKA




Friday, 13 July 2012

MAJLIS PERPISAHAN GB


Pihak sekolah telah selamat mengadakan Majlis Perpisahan Rasmi Tuan Guru Besar, Encik Zainuddin bin Dollah. Majlis sederhana ini dimeriahkan dengan kehadiran ramai penduduk kampung yang tidak ingin melepaskan peluang berjumpa dengan Encik Zainuddin buat kali terakhir. Encik Zainuddin akan menyambung perkhidmatan beliau sebagai Guru Besar di SK Putera Jaya mulai Julai 2012. 

Dalam ucapan beliau, Encik Zainuddin berbangga dengan sekolah ini yang sentiasa menunjukkan semangat kekitaan yang tinggi dikalangan guru dan ibu bapa. Beliau juga mengakui amat berat untuk meninggalkan sekolah ini. Tidak hairanlah beliau sehingga menitiskan air mata ketika menyampaikan ucapan akhir beliau.

Pihak sekolah mendaoakan agar Encik Zainuddin akan terus menabur bakti dengan gemilang di sekolah yang baru.



Wednesday, 20 June 2012

SUKTER 2012

Sukan Tahunan SK Lubok Teras telah selamat diadakan pada 20 Jun 2012.

Monday, 6 February 2012

Sambutan Maulidul Rasul Peringkat Sekolah

SK Lubuk Teras 6 Febuari 2012 SKLT telah mengadakan sambutan Mauludur Rasul s.a.w. peringkat sekolah. Dalam ucapan Guru Besar beliau menyatakan agar warga SKLT khususnya menyeru semua agar mengamalkan sunah Rasulullah s.a.w. dalam kehidupan. Sifat baginda yang amanah, siddiq, Fatanah dan Tabligh harus menjadi panduan.  



Monday, 30 January 2012

Mesyuarat AJK PIBG dan Ibu Bapa

SK Lubuk Teras , 30 Januari 2012, Isnin . Guru Besar  mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK PIBG dan para ibu bapa murid tahun 6 yang sudi hadir . Mesyuarat itu bertujuan membincangkan program dan aktiviti bagi meningkatkan kecemerlangan murid-murid dalam UPSR ,yang akan ditempuhi pada 11,12, dan 13 September 2012 nanti. GB berpuas hati dengan keputusan UPSR yang lalu dan mengucapkan tahniah kepada adik Mohd Afiq Faiz  yang berjaya mendapat 5A .Dengan keputusan tersebut sekaligus menaikkan nama sekolah iaitu jika di inilai dalam Gred Purata Sekolah (GPS) ialah 1.8  kedudukan, dan SKLT berada dikedudukan 62 daripada 362 buah sekolah.
               
Guru Besar juga meminta pihak ibubapa supaya mencadangkan program yang difikirkan sesuai untuk meningkatkan kecemerlangan murid-murid dalam UPSR akan datang. Diantara program yang telah dicadangkan oleh pihak sekolah:


  1. Mengadakan kelas tambahan bermula jam 2.00 hingga 5.00 petang bermula februari ini
  2. Kelas hujung minggu
  3. Cuti Terancang
  4. Kelas PPTT
  5. Solat hajat
  6. Kem motivasi
  7. Program Mentoring
  8. Sistem ganjaran, murid yang mendapat “A” dalam setiap mata pelajaran mendapat RM10 sumbangan dari PIBG


Dalam mesyuarat itu turut dibincangkan tarikh mesyuarat Agung PIBG 2012 dan diputuskan pada 22 Februari ini