We Believe in Children's Potential

Here in SK Lubok Teras, we try our best to highlight every student's potential and give them the best education that suits their interest.

Every Child Matters

Polisi di SK Lubok Teras ialah tiada murid yang akan diasihkan kerana potensi akademik mereka. Kami akan berusaha untuk menyediakan pendidikan yang dapat membantu murid belajar dengan cara yang terbaik.

Fokus Pada Kemahiran Diri

Kami tidak hanya berfokuskan kepada akademik, sistem pendidikan kami juga memberi penekanan kepada kemahiran diri murid yang membolehkan mereka menjadi ahli masyarakat berguna pada masa hadapan.

Hubungan Baik Guru dan Ibu-Bapa

Hubungan rapat antara ibu-bapa dan guru merupakan antara kunci kejayaan kami. Guru-guru kami sentiasa berjumpa dengan ibu-bapa untuk memberi maklum balas mengenai prestasi anak-anak mereka.

Sentiasa Bersedia Membantu Murid

Guru-guru kami sentiasa bersedia membantu murid-murid walaupun di luar waktu persekolahan.

Monday, 16 May 2016

HARI GURU DISAMBUT MERIAH

Sambutan Hari Guru 2016 disambut dengan begitu meriah sekali di SK Lubok Teras. Sambutan ini dikelolakan oleh AJK PIBG bersama ibu bapa penjaga dan juga AJK Kelab Murid SK Lubok Teras. 

Sambutan kali ini dimulakan dengan upacara menyambut guru di pintu pagar sekolah. Tradisi saban tahun ini dikelolakan sepenuhnya oleh AJK Kelab Murid kami. Acara seterusnya adalah Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yassin yang turut disertai oleh Encik Shansudin bin Ahmad, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Setiu. Dalam ucapan ringkas beliau, Encik Shansudin menyatakan rasa kagum beliau terhadap pencapaian cemerlang murid-murid SKLT semenjak akhir-akhir ini. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada para guru atas usaha gigih memajukan anak-anak kampung.

Program seterusnya adalah Sukaneka Hari Guru yang disertai oleh guru-guru, ibu bapa, para pekerja swasta SKLT dan semua hadirin yang hadir. Sukaneka ini merupakan bukti betapa eratnya hubungan komuniti di SK Lubok Teras.

Acara kemuncak adalah sambutan di dewan SKLT. Dewan tahun ini dihias dengan begitu cantik sekali oleh AJK Kelab Murid. Acara dewan ini juga dikelolakan hampir 100% oleh AJK Kelab Murid SKLT.

Terima kasih ibu bapa, PIBG sekalian, menganjurkan sambutan Hari Guru untuk kami. Terima kasih atas banner di pintu pagar yang sangat cantik. Terima kasih atas gulai ayam kampung yang sangat sedap. 

Terima kasih Kelab Murid Lubok Teras yang sama-sama menganjurkan Sambutan Hari Guru. Terima kasih kerana sanggup stay di sekolah dari pagi sampai ke tengah malam menyiapkan dewan. Tak banyak rasanya sekolah rendah di Malaysia ni yang mana hiasan dewan hampir 100% hasil kerja murid, sambutan hari guru pula 70% dikendalikan oleh murid.

Terima kasih atas penghargaan yang begitu tinggi kepada kami. InshaAllah, anak-anak SKLT akan menjadi manusia hebat suatu hari nanti








Sunday, 8 May 2016

WATIKAH PELANTIKAN BADAN KEPIMPINAN MURID

Pada 8 Mei 2016 yang lepas, kami telah mengadakan watikah pelantikan Badan Kepimpinan Murid bagi tahun 2016. Badan Kepimpinan Murid yang terlibat adalah Badan Pengawas Sekolah, Badan Pengawas Pusat Sumber Sekolah dan Krew Teknikal. 










Monday, 25 April 2016

AMIR RANGKUL NAIB JOHAN BADMINTON DAERAH

Amiruddin Ali hari ini mengetepikan pemain-pemain yang lebih berpengalaman dan merangkul Naib Johan dalam Kejohanan Badminton Peringkat Daerah Setiu. Amir yang baru pertama kali memasuki kejohanan ini telah membuktikan bahawa pengalaman bukan penghalang kepada usaha gigih beliau. Amiruddin telah dilatih sendiri oleh GPK Ko, Encik Mohd Afnizam dengan dibantu oleh Encik Zairani Mansor serta semua guru-guru lelaki SK Lubok Teras.


Sunday, 24 April 2016

NAIB JOHAN SMART ENGLISH DAERAH

Hari ini mencatat sejarah baru lagi di SK Lubok Teras apabila pasukan YDSM Smart English kami berjaya merangkul Naib Johan Daerah! Siapa sangka, sebuah sekolah kecil yang tidak mempunyai kemudahan yang lengkap berjaya meletakkan diri mereka sama tinggi dengan sekolah-sekolah luar. Malahan, persembahan action song mereka mendapat banyak pujian dari pelbagai pihak. Keyakinan tinggi yang ditunjukkan oleh anak-anak Lubok Teras ini mengkagumkan ramai orang.

Diharapkan kejayaan ini akan membuka mata ramai pihak terhadap kecemerlangan anak-anak di SK Lubok Teras. Semoga SKLT akan terus maju dengan sokongan semua.


Friday, 22 April 2016

APRIL BIRTHDAY

Dalam kesibukan sekolah dengan pelbagai aktiviti, Kelab Murid kami masih sempat mengadakan sambutan hari jadi untuk murid-murid yang lahir pada bulan April. Selamat Hari Jadi kami ucapkan kepada adik Anis Sofiyah, adik Aini Najwa dan adik Amiza Nafisa!


Monday, 18 April 2016

JOHAN SMART ENGLISH ZST

Hari ini, murid-murid hebat ini mencipta satu lagi sejarah apabila muncul Johan Action Song dan Johan Keseluruhan Program SMART EnglishYayasan Diraja Sultan Mizan! Ini merupakan kali pertama SKLT mendapat Johan semenjak program ini diperkenalkan. Tahniah kepada semua murid yang telah berusaha bersungguh-sungguh, tidak mengenal erti penat lelah serta tidak pernah mengaku kalah dalam mengejar impian mereka. Tahniah kepada semua pihak terutamanya para guru dan ibu bapa yang terus menerus memberi sokongan hebat demi kecemerlangan anak-anak di SK Lubok Teras.



Friday, 15 April 2016

SKLT MENGUNGGULI TIEP CROSS COUNTRY

Pada hari Jumaat yang lepas,15 April 2016, lapan orang murid telah dibawa ke Terengganu Endurance Park di Lembah Bidong Setiu untuk menyertai Cross Country TIEP. Seramai 5 orang atlet sekolah, 2 orang atlet pelapis dan seorang chaperon telah bertolak dari sekolah seawall jam 5 pagi.
Larian yang diadakan sempena Sultan Mizan Cup ini telah menarik ratusan peserta dari pelbagai kategori. Untuk kategori 12 tahun, sekolah-sekolah lain yang turut menyertai larian ialah SK Bukit Sawa, SK Kampung Bukit Setiu dan SK Sungai Lerek Setiu serta dari sekolah-sekolah sekitar Lembah Bidong.

Walaupun kurang latihan, namun atlet-atlet larian kita tidak menghampakan apabila berjaya mengungguli sepuluh tempat terbaik bagi kategori Perempuan 12 Tahun. Dengan semangat yang bersungguh-sungguh dan usaha yang tidak mengenal erti putus asa, atlet kita mendapat tempat ke-2, ke-3, ke-7 dan juga ke-8. Berikut adalah senarai pemenang:

Intan Shafika Binti Abdullah – NAIB JOHAN
Nur Syamimie Munirah bt Idham Halimi – KE-3
Nur Iman Izzatti Asyiqin bt Aspawi – KE-7
Wan Nur Natasha Atiqah bt Wan Ramli – KE-8


Thursday, 7 April 2016

SEMANGAT JUANG AMIR BUAT KAMI TERHARU

Amiruddin Ali hari ini membuatkan hampir seluruh warga SK Lubok Teras terharu. Amir yang mewakili Daerah Setiu dalam acara Hurdle 80M L11 bermula dengan baik pada hari ini dan telah hampir merangkul gangsa. Namun, kemalangan yang tidak disangka pada pagar terakhir telah memusnahkan harapan beliau. Apa yang kami kagum adalah semangat tidak mengalah beliau. Beliau terus sahaja bangun dan mengejar sehingga berjaya mendapat tempat ke-5. Malah, insiden ini hampir-hampir menyebabkan kecederaan yang teruk kepada beliau. Selepas tamat larian, Amir tersungkur dan terpaksa dibawa ke khemah kecemasan. Walau bagaimanapun, kami lega kerana tiada kecederaan teruk yang menimpa Amir.

Tahniah Amir atas semangat juang yang tinggi. Anda adalah kebanggaan kami!.



NURUL TERUS CIPTA SEJARAH! EMAS MSST

Mencipta sejarah! Hari ini seluruh warga SKLT bersorak gembira apabila Siti Nuruldiana Alya, wakil daerah Setiu ke Kejohanan Balapan dan Padang MSST (Peringkat Negeri Terengganu) berjaya merangkul EMAS dalam acara LOMPAT JAUH P11! Ini meletakkan Siti Nuruldiana sebagai salah seorang atlet P11 terhebat di Negeri Terengganu!. Malahan, Emas ini merupakan emas pertama Kontinjen Daerah Setiu dalam kejohanan kali ini. Emas ini juga adalah emas pertama peringkat negeri yang pernah dicapai oleh mana-mana atlet di SK Lubok Teras sepanjang 31 tahun ditubuhkan. Tahniah adik Nuruldiana, tahniah jurulatih Encik Hafiz Abdullah yang juga telah diangkat sebagai jurulatih daerah. Kami harapkan kejayaan ini akan memberi inspirasi kepada murid-murid yang lain untuk terus cemerlang!.

Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama-sama menyokong usaha kami memajukan anak-anak kampung ini, terutamanya kepada mantan Guru Besar kami, Encik Che Wan Ralisyardy, Guru Besar SKLT, Encik Zuhaidi Othman, GPK Ko kami, Encik Mohd Afnizam dan semua guru-guru SKLT. Jutaan terima kasih kepada Encik Rosdi dan Puan Nor Aini, ibu bapa kepada Nuruldiana atas sumbangan dan sokongan kuat kepada kami dalam menghasilkan juara ini. 








Wednesday, 6 April 2016

SEND OFF ATLET KE MSST

Hari ni kami buat majlis "send off" ringkas untuk Siti Nuruldiana Alya yang akan mewakili daerah Setiu dalam Kejohanan Olahraga Peringkat Negeri (MSST) acara lompat jauh dan relay 4x100m. Bersama dengan beliau adalah adik Amirrudin Ali yang akan bermain dalam acara 80M berpagar. Bersama kita jayakan kejayaan mereka!